Ads Top

Itinerari Dan Tips Travel Selama 3 Hari 2 Malam Ke Tasik Paling Jernih Di Dunia

Saya nak kongsikan itinerari dan kos untuk trip kami ke Coron Island (tak termasuk makan dan shopping). Kami ke sana selama 3 hari 2 malam.

Hari 1: Explore bandar Coron dan mendaki Mt Taypas
Kos: Airport Transfer (150Peso)

Hari 2: Coron Island Hopping dan Maquinit Hotspring
Kos: Sewa bot 1500 Peso / 3pax (500 Peso)
Bayaran masuk : Kayangan lake (200 Peso), Siete Pecado (100 Peso) Twin Lagoon (100 Peso), Banol Beach (100 Peso), Skeleton Wreck (100 Peso), Hotspring (200 Peso), Snorkeling gear (150 Peso), Tuk tuk ke pasar 100 Peso/3 (33.30 Peso)

Hari 3: Shopping souvenir dan pulang ke Manila
Kos: Airport transfer (150 Peso), Terminal fee (100 Peso)

Total perbelanjaan di Coron : 1883.30 Peso x 0.092 (RM173.25)
Kos penginapan: Coron Reef Pension House (RM40.45/pax , 2 malam)
Total kos untuk 3 hari 2 malam = RM213.70 (per pax).

kayangan-lake-1

Kayangan Lake. Merupakan tarikan utama di Coron. Terkenal sebagai tasik paling jernih di dunia.

kayangan-lake-2

Crystal clear water at Kayangan Lake.

kayangan-lake-3

Viewpoint sebelum ke Kayangan Lake. Kena mendaki untuk sampai ke sini lebih kurang 10-15 minit.

kayangan-lake-4

View dalam air di Kayangan Lake. Memang jernih. No wonder dorang gelarkan tasik ni sebagai tasik paling jernih di dunia.

kayangan-lake-5

Banol beach. Waktu ni hanya ada kami je di sini. Heaven giler. Kat sini ada pondok kayu di sediakan untuk berhenti makan tengahari.

kayangan-lake-6

Banol Beach.

kayangan-lake-7

Kat pondok ni la kami berhenti untuk makan tengahari. Boatman boleh tolong masakkan atau korang boleh bawak lunchpack sendiri dari hotel.

kayangan-lake-13

Maquinit hotspring. Entrance fee 200 Peso. Kalau hire private boat, boleh request dorang bawa kita ke sini lepas habis snorkeling. Kalau pergi melalui darat, kene hire tricycle. Kos tricycle 300 peso 2 hala.

kayangan-lake-8

Mt Taypas. Nak sampai atas kene mendaki lebih kurang 700++ anak tangga. Bawa air secukupnya terutama masa cuaca panas. Popular spot untuk lihat matahari terbenam. Dari atas boleh tengok 360 view Coron Island. Kami mula mendaki dalam pukul 5.30 petang.

kayangan-lake-9

Twin Lagoon. Bot akan berhenti di 1st lagoon. Untuk ke 2nd lagoon, kene berenang bawah batu.. Kalau berenang kat sini penglihatan agak kabur sebab air kat sini bercampur antara air masin dan tawar.

kayangan-lake-10

Antara part best bila ambil private boat, kita je atas boat tu. Jadi nak bergambar sakan, nak duduk atau berdiri hujung bot pun tak ada masalah. Air kat sana sangat tenang,  selamat kalau nak duduk di hujung bot waktu bot bergerak.

kayangan-lake-11

Entrance untuk ke 2nd lagoon iaitu Twin Lagoon. Kalau masa air surut, kita akan berenang lalu bawah batu. Tapi kalau air pasang, kena naik tangga untuk ke 2nd lagoon.

kayangan-lake-12

Typical landscape of Coron. Di kelilingi oleh pembentukan batu-batu granit yang besar.

Info tambahan

1. Coron Island terletak di Palawan, Filipina. Untuk ke sana, boleh naik kapal terbang dari Manila yang mengambil masa lebih kurang sejam atau pun naik feri yang mengambil masa 12 jam perjalanan.

2. Tinggal di Coron Reef Pension House. Murah, tengah-tengah pekan, ada kolam renang menghadap laut, dekat dengan jeti untuk menaiki bot ke island hopping. Bot boleh sewa dari hotel. Air panas pun di sediakan, jadi senang kalau nak masak meggi.

3. Kalau waktu malam, tak banyak aktiviti boleh buat kecuali jalan-jalan di pekan Coron atau pun lepak tepi pantai.

4. Kalau tak ramai, untuk island hopping boleh sertai public trip.  Seorang kena bayar 650 Peso/pax tak termasuk alat snorkeling (max 20 orang). Tapi kalau ramai, lebih baik ambil private boat (max 4 orang). Boleh pilih tempat-tempat yang kita nak pergi. Boatman boleh masakkan untuk kita dan bile masa snorkeling, dia akan jadi guide / photographer.

5. Kapal terbang ke Coron kalau takde promosi memang mahal. Purata RM700++ ke RM1100++. Jadi kalau nak murah, rajin-rajin lah ikut promosi Cebu Pacific. Kami dapat harga tiket RM313.08/pax termasuk luggage 20kg pergi balik. Kongsi luggage 3 orang.

6. Ada komuniti muslim di Coron.

7. 3 hari 2 malam cukup untuk pergi ke semua main attractions. Tapi kalau ada masa lebih, boleh tambah masa tinggal kat sana jadi 4 hari 3 malam dan ambil pakej ke pulau-pulau lain.

Baca lagi: 33 Tip Penting Jika Anda Travel Ke Pulau Boracay, Filipina

No comments:

Powered by Blogger.