Ads Top

iPhone 5S Boleh Didapati Dengan Harga RM1299 Di Machines

Masih belum terlambat buat anda yang ingin mendapatkan iPhone 5S kerana Machines kini menawarkan Apple iPhone 5S dengan harga serendah RM1299.

machines_logo_desktop08Jul2014104755

Sepertimana yang anda sedia maklum, harga RM1299 merupakan harga rasmi daripada Machines dan bukanlah daripada pengedar-pengedar tidak rasmi yang lain. Malah, Apple Malaysia sendiri telah mengeluarkan iPhone 5S daripada senarai iPhone yang dijual.

maxresdefault

Pengumuman harga iPhone 5S ini juga berkait rapat dengan kehadiran iPhone 5SE yang akan mula dijual tidak lama lagi. Jika anda seorang peminat iOS atau berminat untuk berjinak dengan telefon pintar daripada Apple, mungkin ini peluang terbaik.

Machines mengatakan penawaran iPhone 5S adalah sangat terhad, dan boleh didapati secara atas-talian, atau di kedai Machines di Mid Valley, The Gardens, Nu Sentral, KLCC, Lot 10, Sunway Pyramid, Empire Shopping Gallery, The Main Place, Setia City Mall, IOI City Mall, AEON Bukit Tinggi, KLIA2, dan JB Tebrau City.

DSC01893

Pendapat saya, jika anda tidak kisah dengan spesifikasi terbaru serta sudah lama menginginkan telefon pintar daripada Apple, ini merupakan peluang terbaik untuk anda dapatkan iPhone 5S daripada pengedar rasmi Apple Malaysia.

No comments:

Powered by Blogger.