Ads Top

Instagram Hadir Dengan Logo Baru Dan Menerima Pelbagai Reaksi Daripada Orang Ramai

Jika anda fikir setiap pembaharuan seharusnya akan tampak lebih cantik dan minimalis khususnya syarikat teknologi, anda mungkin silap jika dibandingkan dengan logo Instagram terbaru.

instagram-new-logo-hed-2016

Seperti yang kita ketahui, Instagram pada hari ini mengumumkan logo terbaru menggantikan logo yang majoriti warnanya koko pada sebelum ini kepada warna yang lebih terang dan meriah.

Pelbagai reaksi yang kami dapati melalui laman sosial mengenai logo terbaru Instagram. Pada pendapat saya mungkin orang ramai sudah selesa dan mendapati logo yang yang sebelum ini sudah cukup cantik dan kemas. Bak kata pepatah Inggeris ‘if isn’t broke why change’. Saya juga berpendapat yang sama.

Mungkin juga ramai tidak menyangka logo yang dilihat tidak begitu kretif ini bakal dipilih oleh pihak Instagram sehinggakan terdapat video tentang cara-cara untuk menghasilkan logo Instagram terbaru menggunakan Microsoft Powerpoint.

Jika dari segi logo mungkin Instagram mendapat respon negatif yang banyak namun berbeza dengan antaramuka terbaru daripada Instagram ini. Sejujurnya saya agak berpuas hati dengan antaramuka terbaru Instagram dimana Instagram menampilkan pengalaman penggunaan yang tampak lebih minimalis. Instagram juga telah menggantikan bar bewarna biru kepada bar bewarna putih.

instagram-ikon

Walaubagaimanpun, saya yakin kemaskini daripada Instagram ini tidak akan menggangu kegunaan pengguna sedia ada memandangkan Instagram kini merupakan jenama yang kukuh sebagai laman sosial untuk berkongsi gambar. Pengguna juga dijangka akan mengambil sedikit masa untuk adaptasi dengan perubahan terbaru daripada Instagram.

Kemaskini buat Instagram ini hadir secara serentak buat pengguna iOS dan Android.

No comments:

Powered by Blogger.