Ads Top

Ini Caranya Saya Dapatkan ‘Tour Guide’ Percuma Semasa Travel Di Seoul, Korea

Hari ni dah berjanji dengan seseorang nak jumpa dia sebab dia nak bawa saya pergi jalan-jalan di Bukchon Hanok. Lelaki Korea. Eh jangan salah sangka.

Sebenarnya saya ada membuat pendaftaran untuk khidmat pemandu pelancong di bawah tajaan Korean Tourism.

Mungkin ramai yang belum tahu kewujudan pemandu pelancong percuma di Seoul. Volunteer guide namanya.

tour-guide-percuma-di-korea-3

tour-guide-percuma-di-korea-4

Ada macam-macam pakej ditawarkan untuk kita melawat kawasan-kawasan menarik di Seoul seperti Bukchon Hanok, Istana, Insadong dan sebagainya. Anda boleh semak selanjutnya di Visit Seoul- Seoul Walking Tour Guide.

Kemudian buat tempahan di laman web mereka dan maklumbalas akan diberikan segera!

Dalam maklumbalas tersebut ada dinyatakan masa, nama pemandu pelancong serta tempat untuk kita bertemu pemandu pelancong (selalunya di stesen subway).

Saya memilih untuk ambil tour Bukchon Hanok kerana masa pertama kali ke Korea, tempat ni tak sempat dikunjungi.

Baca: Menetap Lebih 7 Tahun Di Seoul, Lelaki Ini Berkongsi 7 ‘Survival Tips’ Ke Korea Selatan

tour-guide-percuma-di-korea-2

Inilah pemandu pelancong saya, Mr Lee. Mr Lee ni dah 10 tahun jadi pemandu pelancong dan tahu banyak mengenai sejarah Korea. Sambil-sambil kita berjalan, tengok rumah-rumah tradisional, ada orang ceritakan pada kita sedikit sebanyak kisah dan sejarah tempat tersebut.

Dia pun agak fasih berbahasa Ingeris, jadi kalau ada apa-apa pertanyaan tuh, dia boleh jawab. Kita pun tak sesat dan membuang masa. Sedikit pesanan yang ingin saya berikan di sini, tepati masa yang ditetapkan, jaga tingkahlaku dan jangan lupa ucapkan terima kasih.

Perjalanan dimulakan dari Istana Unhyeongung dan kami berjalan menuju kawasan Bukchon Hanok. Bukchon Hanok ni sebenarnya kawasan petempatan orang-orang besar zaman dahulu yang terletak antara 2 istana iaitu Gyeongbuk dan Changdeuk.

tour-guide-percuma-di-korea-5

tour-guide-percuma-di-korea-6

tour-guide-percuma-di-korea-7

Banyak rumah-rumah di sini masih mengekalkan senibina tradisional Korea, jadi kawasan nih memang cantiklah untuk berjalan dan ambik gambar. Gigih juga kena berjalan mendaki kawasan berbukit ni.

Ada beberapa kawasan utama dan Mr Lee turut menunjukkan rumah Datuk Bandar Seoul, Presiden dan Perdana Menteri Korea. Perjalanan dari mula hingga tamat mengambil masa kira-kira 2 jam.

Jadi pada yang nak ke Seoul, apa tunggu lagi, cepat-cepat dapatkan perkhidmatan pemandu pelancong di Seoul.

Baca lagi: Perkongsian Itinerari Pusing Satu Korea Selatan 7 Hari Dengan Bajet RM1800

No comments:

Powered by Blogger.