Ads Top

Facebook Hadiahkan $10,000 USD Kepada Budak 10 Tahun Ini Selepas Berjaya Menggodam Instagram

Program Facebook dimana menawarkan ganjaran buat sesiapa yang berjaya menemui bug pada Facebook akhirnya menemui pemenang termuda di dalam sejarah.

Seorang budak berumur 10 tahun yang dikenali sebagai Jani, berjaya untuk mengodam salah satu aplikasi milik Facebook iaitu Instagram dengan keupayaan untuk membuang komen sesiapa sahaja yang dimahukannya di dalam aplikasi tersebut. Tambahnya lagi, beliau juga mampu untuk membuang komen artis terkenal, Justin Bieber jika beliau mahukannya.

Facebook pada masa yang berterima kasih dan kagum dengan keupayaan budak berumur 10 tahun ini dengan menghadiahkan $10,000 USD buat Jani. Sebelum ini, Jani bersama kembarnya telah menemui bug pada laman Facebook cuma masih belum cukup yakin untuk melaporkan kepada Facebook.

Pada tahun 2015 sahaja, sebanyak 13,000 laporan diterima oleh Facebook dan 526 daripadanya disahkan benar. Syarikat tersebut mengesahkan sebanyak $936,000 USD dengan purata $1,780 USD telah dibayar pada setiap laporan yang diterima pada tahun 2015.

Hebat betul budak 10 tahun sudah mampu menggodam Instagram. Saya masih ingat lagi sewaktu berumur 10 tahun kejayaan terbaik sahaja hanyalah berjaya memuat turun lagu mp3. Itupun sudah cukup hebat bagi saya.

Apakah kejayaan terbaik anda ketika berumur 10 tahun? Kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.

No comments:

Powered by Blogger.