Ads Top

Dulu Bola Sepak, Kini Dr Vida Berminat Dengan Rayani Air Pula

Baru reda dengan persatuan bola sepak Kelantan, kini Dr Vida (Datuk Seri Dr Hasmiza Othman) lagi sekali menggemparkan Malaysia dengan niatnya terhadap Rayani Air.

Semua sedia maklum Rayani Air telah menghentikan operasinya selepas Kementerian Pengangkutan menggantung perkhidmatan syarikat tersebut selama tiga bulan bermula 11 April yang lalu kerana melanggar syarat-syarat Air Operators Certificate (AOC).

rayani

Menurut laporan The Star Online, Dr Vida berminat dengan bisnes penerbangan tetapi dia mahu melihat dulu apakah masalah yang dihadapi oleh syarikat tersebut.

Oleh itu, Dr Vida akan bertemu dengan Ravi Alagendrran yang merupakan pemilik Rayani Air dalam masa terdekat ini. Kemudian barulah Dr Vida akan membuat keputusan selanjutnya.

Sebelum ini, Ravi menyatakan dia sanggup menjual 51% pegangannya di dalam syarikat tersebut agar pelabur baru dapat meneruskan Rayani Air yang mengetengahkan status patuh Syariah.

No comments:

Powered by Blogger.