Ads Top

Disiplin Merekod Kewangan Yakuza Yang ‘Tip-Top’ Untuk Kita Contohi

Saya teringat dalam satu filem, bagaimana usaha Giovanni Falcone dalam lancarkan perang anti-mafia di negara Sicily.

Masa tu, Falcone, sangat frust dengan metod bagaimana bahan bukti siasatan direkodkan oleh tim mereka. Fail yang dia minta, bersepah.

Falcone hentak mejanya, dan marah dengan tegasnya,

“Kunci utama kejayaan gangster, adalah profesionalisme dan disiplin. Jika kita nak tumbangkan gangster, kita harus SUPER DISIPLIN daripada mereka.” (Filem Falcone 1993).

Memang benar. Jika kita bertanya siapakah orang paling berdisiplin di dunia ini, pasti kita akan teringatkan orang Jepun.

Tapi, ada lagi yang lebih dahsyat disiplinnya daripada orang Jepun biasa.

Mereka adalah, YAKUZA, geng mafia yang paling kuatnya pengaruh mereka terhadap ekonomi dan politik di negara Jepun.

Jadi, bolehkah bayangkan, betapa tingginya tahap disiplin yang diamalkan oleh gengster mereka, Yakuza?

Bagaimana mereka merekod perbelanjaan harian mereka?

“Batil yang terancang, takkan dapat diatasi oleh Haq yang tidak terancang.” Pernah dengar kata-kata ini, kan?

Maksudnya, biarpun apa yang kita perjuangkan adalah kebenaran, takkan mungkin kita dapat patahkan usaha maksiat yang penuh terancang rapi.

Kata-kata ini sebenarnya adalah satu motivasi kepada kita.

Kita dalam mencari rezki yang halal, haruslah menjadi LEBIH DISIPLIN dan LEBIH STRATEGIS, berbanding mereka yang beramal maksiat di sisi Allah.

Seperti yang disaran Allah,

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.”
(Al-Saff : 4)

Ada dua level orang yang Allah kasihi:

1. Berperang membela agamaNya = KEBENARAN
2. Dalam barisan yang teratur rapi = TERATUR, DISIPLIN

Sebab itulah, tidak cukup jika kita perjuangkan sesuatu yang sahih, halal, dan berkat, TANPA strategi atau disiplin yang kuat.

Maka, terpanggil saya untuk kongsikan satu penemuan yang saya temui di Jepun tempohari.

Saya diajarkan bagaimana budaya Yakuza dalam merekod perbelanjaan ‘kerja haram’ mereka.

Amalan rekod geng Yakuza, adalah yang paling baik dan teliti pernah dibuat dalam mana-mana pengurusan di dunia ini.

Penyata akaun Yakuza amat bersih, dan sukar sekali disiasat. Mereka paling cekap membayar cukai. Paling konsisten bayar gaji pekerja. Paling kerap menderma.

Bagaimana mereka sembunyikan segala perincian kerja-kerja kotor mereka?

Jawapannya, DIARI.

Inilah apa yang paling diburu oleh polis Jepun (ada juga terlibat Polis Interpol, FBI, CIA). Kerana hanya DIARI inilah yang dapat mengheret seorang penjenayah ke muka pengadilan.

Biasanya, dalam penyata akaun, tertulis jumlah belanja yang telah dikeluarkan, dan tunai masuk ke akaun mereka. Tapi, berbeza dengan DIARI mereka, tertulis TUJUAN keluar masuk tunai dan nombor rujukan.

Kesimpulannya, bukti Penyata Akaun tidak cukup kuat jika tidak disabitkan bersama DIARI Yakuza ini.

Contohnya,
Di akaun: 30juta Yen = Entertainment
Di diari: 30juta Yen = Rasuah Menteri

Diari ini pula dipegang oleh ‘kepala’ kawasan. Sewaktu perhimpunan agung dibuat, setiap diari akan dibawa oleh juruaudit dalaman yang dilantik di setiap kawasan.

Siap ada audit internal yang dilantik.

Sewaktu perhimpunan itulah, mana-mana ‘kepala’ yang tiris dan bocor akaun mereka, akan dihukum!

Siap ada ‘rules’ dan hukuman jika tiris.

Kita Dan Realiti Pengurusan Kita

Adik bongsu saya, Najian, background akaun, dia pernah nasihat saya,

“Tahu tak, habit malas yang merbahaya, adalah malas nak rekod perbelanjaan harian. Tak kisah lah belanja peribadi ataupun syarikat. Ini amat bahaya.”

Dia sambung lagi, “Ada lagi yang lebih malas, dan lagi bahaya…”

“Oh apa dia?” Saya tak sabar nak tahu.

Dia jawab, “Mintak resit. Walau beli gula 20 sen, kita sendiri malas nak mintak resit, kan.”

Memang betul seperti yang dia sebutkan.

Saya sendiri akui, tak konsisten merekod belanja. Dan untuk biasakan habit merekod, saya mula belajar menyimpan resit. Sebulan sekali, ada akauntan part-time yang uruskan rekod. Itulah apa yang diajarkan kepada saya.

Kalau tak boleh master semua, kita boleh amalkan ikut peringkat. Berdikit-dikit, kita upgrade.

LEVEL 1: Belajar simpan resit.
LEVEL 2: Belajar rekod belanja.

Kemudian, jika dah mula jadikan habit, mulalah upgrade untuk Level seterusnya.

LEVEL 3: Belajar simpan duit.
LEVEL 4: Belajar rancang belanja.

Semoga kita semua dapat belajar sesuatu yang bagus daripada amalan Yakuza ini.

Jadi, ambil yang baik-baik saja dari Yakuza ya. Jangan dicontohi pula kegiatan haram mereka.

Ingat lagi kan, pesan di atas tadi, sesungguhnya, Allah mengasihi orang yang BENAR, dan DISIPLIN amalannya.

Kuiz Minggu Ini:

Apakah senjata paling merbahaya yang pernah digunakan oleh geng Yakuza?

Jawapan kami dah emelkan jawapan kuiz ke setiap Ahli Kelab STORI.

Terima kasih buat mereka yang cuba berkali-kali menjawab kuiz ini. Meriah betul inbox saya dengan jawapan yang lucu-lucu. Hahaha.

Siri Emel Seterusnya: Pelajaran Dari Sebuah Kedai Sushi Di Kampung Mishima

Nak jadi Ahli Kelab STORI? Klik sini http://ift.tt/1QM1AfA

No comments:

Powered by Blogger.