Ads Top

Berlin Haramkan Perkhidmatan Airbnb

Nampaknya jika anda ke Berlin, anda tidak lagi boleh menyewa tempat menginap menerusi aplikasi Airbnb. Berlin mengharamkan penggunaan aplikasi itu sebagai langkah untuk melindungi perkidmatan sewaan rumah dan jika ditangkap, pemilik rumah boleh didenda sehingga 100 ribu Euro. Wah banyak tu.

Undang-undang baru itu dipanggil Zweckentfremdungsverbot sudah bermula. Ia akn mengharamkan sewaan jangka pendek untuk apartment kepada pelancong tanpa permit. Tetapi sewaan untuk sebuah bilik masih boleh, tetapi bukan untuk sewaan terus untuk sebuah rumah. Kekurangan property untuk disewa di Berlin menjadikan pihak berkuasa menggubal undang-undang ini untuk mengelakkan harga sewa rumah naik mendadak untuk penduduk tempatan.

berlin_airbnb_00

Wakil dari Airbnb, Julian Trautwein berkata, “Penduduk Berlin mahukan undang-undang yang mudah untuk mereka terus berkongsi dengan guests mereka yang akan datang. Kami akan terus menggalakkan pihak tempatan di Berlin untuk melihat bandar-bandar besar yang lain seperti Paris,London dan Amsterdam tentang cara penduduk tempatan menyewakan dan berkongsi rumah mereka.”

Setakat ini hanya bandar Berlin yang mempunyai undang-undang ini. Jadi harap-harap siapa yang mahu ke Berlin dan mahu menggunakan perkhidmatan Airbnb ini di sana mempunyai back up plan.

No comments:

Powered by Blogger.