Ads Top

Bangun Pagi Tidak Lagi Sama Dengan Motivasi Daripada The Rock

Agak mustahil buat orang ramai tidak mengenali The Rock. Bermulanya karier beliau sebagai ikon ahli gusti WWF kini telah banyak melakonkan watak-watak penting di dalam filem Hollywood. Terbaru, The Rock bakal berlakon di dalam filem Jumanji yang bakal ditayangkan kelak.

unnamed11

Kata-kata The Rock yang tegas, semangat dan penuh inspirasi telah membuatkan Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock memperkenalkan sebuah aplikasi baru yang ingin membantu anda bangun pagi, dinamakan sebagai The Rock Clock.

Menggunakan The Rock Clock, pengguna boleh tetapkan misi mereka setiap hari, dan seterusnya turut memilih bunyi penggera. Kebanyakkannya dibaca atau diucapkan oleh The Rock sendiri, dimana suara menjadi semakin garang untuk memastikan anda bangun pagi.

unnamed22

Buat anda yang berminat dengan kata-kata motivasi daripada The Rock, anda boleh dapatkan buat telefon pintar anda khas buat Android dan iOS.

No comments:

Powered by Blogger.