Ads Top

Anda Boleh Memiliki iPhone 5SE Dengan Harga RM1949 Seawal 13 Mei Ini

Lebih kurang sebulan yang lepas Apple Malaysia mengumumkan harga buat dua peranti terbaru mereka iaitu iPhone SE dan iPad Pro 9.7. Walaubagaimanapun, teka-teki tentang tarikh penjualan iPhone 5SE masih menjadi tanda tanya sehinggakan pengumuman terbaru daripada Switch pada bulan ini.

Preorder-an-iPhone-SE

Apple Malaysia mengesahkan harga buat iPhone 5SE adalah RM1949 buat variasi 16GB manakala RM2449 buat storan 64GB. iPhone 5SE akan mula dijual secara rasmi pada 13 Mei 2016 ini di kedai pengedar rasmi Apple yang terpilih.

iPhone SE dilengkapi dengan skrin bersaiz 4 inci dan bakal menjadi pengganti buat telefon pintar mereka sebelum ini yang mempunyai saiz yang sama iaitu iPhone 5S. Menggunakan teknologi kamera yang terbaru bakal membuatkan iPhone 5SE hadir sebagai telefon pintar yang mempunyai kamera terbaik bagi kategori 4-inci.

iphone-se-red-velvet-hero

Dijangka syarikat telco akan mula menawarkan pelan dan promosi sempena kehadiran iPhone SE ini. Adakah iPhone 5SE ini sesuai buat anda? Secara jujurnya, jika anda seorang yang sukakan iPhone dan iOS, dan impikan kamera yang mempunyai kualiti yang baik di dalam kategori 4-inci, iPhone SE adalah jawapannya.

No comments:

Powered by Blogger.