Ads Top

Aliff Syukri Dedah Perkara Sebenar Isu Penajaan RM30 Juta Kepada KFA

Cerita berkenaan tajaan D’Herbs untuk Persatuan Bola Sepak Kedah terus menjadi bualan ramai. Sebentar tadi Datuk Aliff Syukri telah mengeluarkan kenyataan menjelaskan betapa dia tidak pernah memaksa Persatuan Bola Sepak Kedah untuk mendapatkan tanah seluas kira-kira 60 hektar sebagai habuan daripada tajaannya sebanyak RM30 juta.

Sebaliknya itu hanyalah cadangan beliau untuk mengusahakan tanah di Jabi, Pokok Sena untuk membangunkan semula tanah terbengkalai terbabit menerusi usahasama dengan anak syarikat kerajaan negeri.

Beliau tidak berpuas hati apabila dituduh merampas harta rakyat negeri Kedah melalui kenyataan beberapa pegawai Kedah. Sedangkan pihak beliau selaku pemaju hartanah hanya ingin bekerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) agar tanah terbiar di Pokok Sena itu dapat dibangunkan menjadi Bandar D’Herbs.

“Tiada istilah saya mahukan tanah itu secara percuma, apa yang saya nak adalah untuk pelaburan. Kalau betul saya nak tanah, dengan RM30 juta saya boleh dapat tanah di Selangor,” katanya pada sidang media.

Aliff Syukri agak kecewa kerana KFA bermain tarik tali dengan beliau tentang penajaan RM30 juta yang akan dibuatnya. Dua hari lalu, persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berkata tawaran itu tidak boleh diterima kerana draf perjanjian tersebut di luar bidang kuasa persatuan, kata setiausahanya Datuk Aminuddin Omar.

“Agak sukar untuk KFA terima draf itu kerana ada yang melibatkan kerajaan negeri. Walaupun nampak kita sinonim dengan kerajaan negeri, namun sebenarnya ia adalah dua badan yang berbeza kerana KFA hanyalah sebuah persatuan sahaja,” terang Datuk Aminuddin Omar dalam sidang media sebelum ini. Keputusan itu diambil dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh presiden KFA, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Hanipah.

aliffffff

Aliff Syukri berasa kecewa kerana KFA membuat sidang media mengumumkan penolakan tawaran penajaan itu sedangkan beliau tidak diberitahu langsung tentang keputusan KFA tersebut. Selepas daripada sidang media yang dibuat KFA, beliau diserang di media sosial dan dilabel sebagai seorang yang tamak dan mahu mengambil hak rakyat Kedah.

Jadi Aliff terpaksa membuat sidang media ini untuk membersihkan namanya kembali dan menceritakan situasi yang sebenarnya berlaku. Beliau sangat kecewa bukan kerana penajaan beliau ditolak, tapi kecewa apabila dimalukan melalui kenyataan MB Kedah & pegawai-pegawai pasukan Kedah.

Aliff menambah jika KFA tidak setuju sekalipun dengan cadangan itu, beliau tetap berhasrat untuk menaja Kedah secara percuma sebanyak RM5 juta.

Jadi diharap KFA dan Datuk Aliff dapat menyelesaikan perkara ini dengan cara yang baik demi masa depan skuad bola sepak Kedah.

No comments:

Powered by Blogger.