Ads Top

Alden Ehrenreich Dipilih Sebagai Watak Han Solo Untuk Filem Terbaru Star Wars

Saya yakin ramai daripada anda sudah menonton Filem Star Wars: The Force Awakens. Seperti yang kita ketahui, watak Han Solo yang dilakonkan  oleh Harrison Ford telah berakhir berikutan kekejaman anaknya sendiri Kylo Ren. Maaf, atas spoiler filem ini buat mereka yang belum menonton.

Lucasfilm tidak menunggu lama untuk mengumumkan filem terbaru mereka iaitu Star Wars: Rogue One yang bakal ditayangkan pada 16 Disember 2016 ini. Dikhabarkan filem ini merupakan kesinambungan diantara Star Wars: Episode III – Revenge of the Sith dan Star Wars: Episode IV – A New Hope.

alden-ehrenreich-hail-caesar-e1460725909725

Teka teki tentang siapa yang akan melakonkan watak Han Solo yang pastinya lebih muda akhirnya terjawab apabila Lucasfilm mengumumkan Alden Ehremreich bakal melakonkan watak penting ini.

Pelakon berusia 26 tahun ini yang sebelum ini popular  dengan filem Tetro dan Beautiful Creatures bakal menggalas tugas yang sangat berat apabila terpaksa berdepan dengan harapan peminat yang mengharap lakonanan setanding Harrison Ford.

Selain itu, dikhabarkan Princess Leia dan Darth Vader juga bakal membuat penampilan untuk filem ini tetapi masih belum dipastikan kesahihannya. Adakah Star Wars akan memperlihatkan dua watak penting ini di dalam trailer terakhir mereka sepertimana Marvel lakukan pada watak Spider-Man? Sama-sama kita nantikan.

No comments:

Powered by Blogger.