Ads Top

9 Sebab Kenapa Saya Mahu Anda Singgah Di Scotland Sewaktu Travel Di Eropah

Awak kat mana? Awak kat mana? Dia tanya lagi. Saya di SCOTLAND!

9 sebab kenapa anda harus ke Scotland sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

1. Festival

bercuti-di-scotland-2

Setiap tahun pada bulan Disember di bandar seperti Edinburgh, Glasgow, Dundee dan Aberden akan berlangsungnya Christmas Market. Selain itu juga, banyak lagi festival yang mereka raikan seperti festival kesenian, festival muzik dan lain-lain.

2. Pemandangan yang memukau

bercuti-di-scotland-8

Jika sudah boring dengan kehidupan dan asam garam di bandar, Highlands dan Lochs di Scotland adalah tempat terbaik untuk sesiapa yang cintakan alam semulajadi. Pasti terpegun dengan keindahan bumi yang tuhan anugerahkan buat mereka.

3. Istana

bercuti-di-scotland-5

Tidak sah kalu tidak ke Scotland tanpa melawat istana – istana yang gah berdiri. Antara istana-istana yang mengamit tumpuan ramai adalah seperti Istana di Edinburgh, Stirling, Eilan Donean. Setiap istana mempunyai sejarah yang tersendiri. Jadi ambil masa untuk melawat ke semua istana yang berada di sana.

4. Festival kebudayaan

bercuti-di-scotland-3

Di Scotland, setiap tahun akan di adakan Highland Games. Dalam sukan ini akan mempamerkan kebudayaan rakyat Scotland seperti tarian Scotland, kilt, bagpipes. Kalau kita disini adalah permainan sukan- sukan kampung.

5. Lelaki memakai skirt

bercuti-di-scotland-4

Unik kan? Ianya di panggil Kilt. Dimerupakan pakaian formal dan juga pakaian nasional bagi penduduk Scotland.

6. Pertandingan golf pertama bermula di sini

bercuti-di-scotland-6

Pertandingan golf pertama adalah di St Andrews. Tidak hairan lah pencinta golf akan ke sini semata-mata untuk bermain golf. St Andrews juga kaya dengan istana-istana lama.

7. Altenatif untuk penggemar ski

Bagi pengemar ski, boleh lah mengunjungi Glenshee yang merupakan antara tempat ski yang terkenal di Scotland.

8. Tempat penggambaran filem

bercuti-di-scotland-9

Tahukah anda Harry Potter melakukan pengambaran di Scotland. Filem lain yang turut jalankan penggambaran di sini adalah One Day, Braveheart, Skyfall, Brave dan banyak lagi

9. Menikmati 4 musim dalam sehari

bercuti-di-scotland-7

Jika anda bertuah , anda akan menikmati empat musim pada satu hari. Contohnya, pagi musim bunga, tengahari musim sejuk, petang musim lurah dan malam musim panas. Keadaan cuaca disana sukar untuk diramal. Itulah unik nya Scotland.

Baca lagi: Kenangan Masa Kecil Bawa Lelaki Ini ‘Travel By Land’ 6 Bulan Dari Malaysia Ke Eropah

No comments:

Powered by Blogger.