Ads Top

7 Sebab Kenapa Gadis Perlu Fikir 40 Kali Sebelum Bercinta Dengan Lelaki Suka Travel

7 reason why you should date a guy who travelled? Banyak orang share benda ni dari The Vocket.

Baca: 7 Sebab Mengapa Si Gadis Perlu Pilih Lelaki Kaki Travel Sebagai Pasangan Hidup

Sebagai seorang yang sentiasa mengembara aku ada pendapat aku sendiri, dari sudut pandang aku untuk para perempuan. Korang baca dan hadamkan. Lepas tu fikir 40 kali.

1. Kau akan kena tinggal

Berapa lama kau kena tinggal kalau dia travel? Kalau travel cara aku yang sentiasa hidup nomad ni lama, kau tahu? 3 bulan? 7 bulan? Tak ada cerita travel 5 hari 4 malam kak.

lelaki-suka-travel-1

2. Kedekut

Berapa tight budget kau tok shopping dengan dia? Aku? Handphone yang penting pun aku tak beli bila rosak. Macam mana kau nak berhubung dengan jenis macam aku ni? Apa tah lagi nak beli benda-benda mengarut yang jauh dari budget dan minat aku.

3. Jalan laju

Majoriti orang kita jalan slow. Jadi ada kemungkinan kau kena tinggal kat blakang tiap kali keluar dating. Wahahaa.

lelaki-suka-travel-3

4. Gambar travelmate seksi

Hahaha ni mesti ada. Korang tak payah tipu. Kalau travel mesti selalu dapat travelmate minah saleh yang selamber je pakai bkini bila mandi kat laut. Lagi-lagi kalau travel kat Phuket. Hahahaha mesti kau makan hati.

5. Punca kau jadi gemuk

Bila dia balik je dari travel boleh jadi punca kau gemok sebab kena teman dia makan dan layan nafsu makan die 2 ke 3 hari. Rindu Malaysian Food katanya. Hahaha.

lelaki-suka-travel-2

6. Kawen?

Aku lagi excited planning honeymoon location daripada reception punya planning. Hahahaha.

7. Bersedia kena paksa

Kau kena bersedia la kena paksa join benda-benda ekstrim yang mungkin kau tak pernah buat. Rock climbing, scuba, skydive, atau dia ajak makan kala jengking, ular, buaya. Once in a life katanya. Bila lagi nak cuba. Hahaha! OK, aku pun tak de lah cuba lagi semua ni tapi perasaan nak cuba tu ada.

Ada yang tak setuju? ‪#‎whysoserious‬.

Abang-abang travel yang cari jodoh jangan marah tau. Peace bro. Wa gurau je tapi ada yang betul kan? Setiap benda ada pros and cons dia. Wahahahaha.

Baca lagi: 10 Alasan Kenapa Wanita Yang Gemar Travel Memang Hebat

No comments:

Powered by Blogger.