Ads Top

4 Pemain Bola Sepak Yang Mampu Mempengaruhi Gaya Rambut Sepanjang Zaman

Kita semua mempunyai gaya rambut tersendiri. Kebanyakannya mempunyai gaya rambut yang berbeza-beza dan mempunyai cara yang berbeza untuk menggayakan rambut kita pada setiap awal pagi. Setiap pemain bola sepak mempunyai gaya rambut yang unik dan mempunyai cara tersendiri untuk membentuk gaya rambut mereka. Sebahagian orang menganggap rambut yang kelihatan sedikit lebih baik daripada yang lain.

Mari kita lihat gaya rambut yang terbaik dalam arena bola sepak dunia sehingga ke hari ini.

1. David Beckham

Lelaki ini sering menggemparkan dunia dengan fesyen rambutnya yang sentiasa menarik dan tidak menghampakan terutamanya peminat-peminat setia beliau. Sudah tentulah gaya rambut yang hebat ini dimiliki oleh David Beckham. Bintang legenda bola sepak dari England ini mempunyai setiap potong rambut yang sangat menyerlah sewaktu di bawah matahari, dan adalah sangat menarik kerana setiap rambut yang digayakan beliau kelihatan sangat baik dan cantik.

Beliau menduduki kedudukan yang tertinggi dalam fesyen gaya rambut selebriti untuk masa yang lama dan kekal sehingga sekarang, walaupun kini beliau adalah seorang bapa sepenuh masa, namun dia masih berjaya untuk menunjukkan kepada dunia bahawa beliau tidak sesekali meninggalkan gaya fesyennya walaupun sedikit. Beliau terkenal dengan gaya potongan “Buzz Cut”, “Short and Spicky”, “Crazy Blonde Highlights” dan rambut belah tengah beliau.

2. Cristiano Ronaldo

cr7

Sebagai seorang kapten kepada pasukan Portugal dan penyerang Real Madrid, belia juga turut menggunakan popularitinya untuk mempengaruhi fesyen dan gaya rambut diseluruh dunia. Dia dianggap pendukung kedua terbesar dalam bola sepak selepas David Beckham.

Ronaldo juga pemain bola sepak bergaji tertinggi dan paling terkenal di dunia. Beliau juga adalah peminat tegar kepada aksesori seperti jam tangan berjenama dan berlian bersalut anting-anting. Kereta “Supercar” memang amat sinonim dengan beliau. Gaya rambut beliau yang terkenal adalah “Head Spike”, “stay-Put Pompadour”, “The Wave Caeser”, “Frosty Updo” dan “World Cup Heads Up”.

3. Neymar Jr

Pemain Brazil yang berusia 23 tahun ini dikenali sebagai Neymar. Beliau sentiasa menjadi personaliti menarik, unik dan gaya muda yang hebat. Beliau adalah salah seorang pemain bintang yang sangat besar pengaruhnya dalam mempengaruhi gaya dan fesyen anak muda masa kini. Segala-galanya tentang penyerang Brazil muda ini adalah dramatik.

Apabila seseorang itu mempunyai bakat yang sangat besar dan sudah tentu lelaki seperti ini adalah wajar diikuti oleh semua peminat bola sepak dari setiap pelosok dunia. Perkara yang paling jelas adalah gaya rambut Neymar yang sering ditiru oleh peminatnya sebagai tanda luahan hati sokongan padu terhadap karier bola sepak beliau. Pemain Brazil itu juga sering membuat gaya rambutnya yang funky sebagai eksperimen diatas penerimaan penonton sewaktu beliau terlibat didalam setiap kejohanan yang disertainya.

4. David Luiz

Gaya rambut daripada pemain bola yang bernama David Luiz ini adalah “Bobcut”. Gaya “Bobcut” turut boleh dilihat pada Carles Puyol, seorang lagi pemain bola sepak yang bermain untuk FC Barcelona. David Luiz mempunyai rambut keriting panjang kecuali di bahagian depan beliau,bahagian depan hanya mencecah paras kening supaya rambut beliau tidak menghalang penglihatannya. setakat ini, ramai lelaki diseluruh dunia telah meniru gaya rambut keriting yang menyerupai seperti David Luiz.

No comments:

Powered by Blogger.