Ads Top

12 Tip Travel Di India Buat Yang Pertama Kali Akan Ke Sana

India kini semakin mendapat tempat di kalangan pengembara Malaysia. Negara yang besar dan memiliki bentuk mukabumi menarik ini pastinya memberikan pengalaman berbeza buat anda yang travel ke ini.

Kami ingin kongsikan 12 tip berikut khas buat mereka yang akan travel ke India buat kali pertama.

1. Berfikiran Terbuka

Dalam banyak banyak negara yang kami pernah pergi, we had the best travel experiences in India. Despite what people say about India, India will always remain as our favourite country dan kami plan akan kembali travel ke India suatu hari nanti.

Orang kata, kalau masuk kandang kambing, mengembek lah. Macam tu lah jugak kita bila travel ke India. Always prepare for the worst and expect the unexpected. Please, kalau korang betul betul nak experience the Incredible India, datang lah ke India dengan minda yang terbuka.

Kalau awal awal lagi korang dah takut kena scam, takut kena cirit, paranoid dengan kebersihan, tak boleh duduk tempat bising bising ada hon sepanjang hari, mungkin korang masih belum ready dan korang tak akan dapat enjoy trip korang ke India tu.

2. Rancang Route Anda

India is indeed an amazing country. The moment bila korang google pasal India, korang rasa nak pergi sana, korang rasa nak pergi sini walapun masa korang pendek je kat sana.

Korang akan ada tendency untuk cram semua tempat dalam itinerary supaya korang boleh tengok banyak benda dan tak terlepas apa apa. Please dont do this. Slow down and plan your route wisely. Bila korang paksa diri untuk tengok semua tempat dalam masa yang singkat, korang akan kurang enjoy masa trip tu, dan akan rasa sangat letih instead.

Disebabkan nak kejar banyak tempat, you will likely to spend more time on travelling from one place to another, and less time to enjoy the beauty of India.

3. Train Bookings

Kalau korang jenis yang teratur, lebih baik korang booking train awal awal, especially kalau korang nak naik train AC3 class dan ke atas. Train class ni, memang akan cepat habis.

Kalau korang jenis yang tak kisah, flexible, banyak masa, dan boleh re-route bila bila masa, korang boleh beli train ticket on the spot di tourist counter.

Tapi diorang adalah quota-quota untuk tourist, siapa cepat dia dapat. Kalau tak nak berebut masa trip, lebih baik korang berebut beli tiket secara online, dua bulan sebelum nak depart.

Kalau beli sangat lewat, korang akan masuk waitlist, dan worst case scenario, hari nak depart tu baru korang akan tahu samada korang boleh ikut train yang korang book itu, atau tidak.

bercuti-di-india-2

bercuti-di-india-4

bercuti-di-india-3

4. Stay Healthy

Kami rasa perut orang Malaysia tak ada masalah sangat nak accept makanan India. Sebab kita pun makan makanan berempah. Cuma kadang kadang mat saleh akan persalahkan makanan India ni dan claim makanan India akan buat korang cirit birit.

Diorang kan tak makan pedas, sebab itulah agaknya diorang selalu kena diarrhoe. Kalau korang rasa takut dan paranoid sangat, mulakan dengan minum lassi supaya perut korang boleh adapt.

Lepas 2 hari, barulah korang try korang nak makan apa apa sekalipun. Macam kami pernah katakan, make sure makanan tu panas.

5. Stay Safe

Bagi kami, India is pretty safe to travel. Baik yang solo mahupun secara group. Baik bagi perempuan, mahupun lelaki. Semua orang boleh travel ke India.

Cuma, bila kita di negara orang, jagalah adab masing masing. Dan sekiranya korang travel solo, elakkan keluar pada waktu malam. Korang tak nak jadi mangsa rogol, atau mangsa rompakan, kan?

6. Trust Your Instinct

Orang India sangat hebat dengan janji janji manis dia. One minute they can be so friendly, another minute they can be very pushy. Bila di India, cuba elakkan deals yang sounds too good to be true. Trust you guts.

Kalau orang tu cakap yang manis manis, tapi korang cakap korang tak berminat, dan bila mereka cuba desak korang supaya terima servis mereka, lupakan je lah servis dari orang tu. Baik korang cari orang lain yang tak berapa aggresive sangat.

7. Be Confident

One key to avoid being cheated by locals is to be assertive and confident. Walaupun korang tengah sesat sekalipun, jangan tunjukkan seperti korang tengah helpless. Tapi jangan paranoid sangat sampai fikir semua orang India tu jahat.

Hanya segelintir sahaja yang suka mengambil kesempatan. Mereka sebenarnya sangat warm dan friendly especially in rural areas. Lagipun, tak India lah kalau korang pergi sana tapi tak pernah kena scam, kan?

8. Medication

Kadang kadang suhu di India agak panas walaupun during winter. Especially bila matahari tegak di atas kepala. Ada sesetengah orang tak boleh tahan climate change yang begitu mendadak.

So, apa yang korang boleh buat untuk elak jatuh sakit, sila minum air mineral sebanyak mungkin. Untuk preparation, bawak lah paracetemol/ibuprofen sebagai painkillers. Bekalkan juga sedikit pil cirit just in case korang terkena jugak diarrhoe.

Dan korang boleh juga bawak serbuk garam electrolyte tu untuk rehydrate diri sendiri kalau tak cukup hanya dengan minum mineral water tu.

Kalau travel ke India pada musim panas, bawa jugak insect repellent, sebab takut terkena kes malaria.

9. Gula Gula

Di India, bukan sahaja orang dewasa yang suka minta duit dari pelancong. Tapi, budak budak pun dah pandai minta duit. Kadang-kadang diorang tarik tarik baju kita untuk minta sedekah.

Apa yang kita boleh buat supaya tak encourage dorang untuk teruskan minta duit, bawa lah sepaket 2 gula-gula dari Malaysia. So bila dorang datang pada kita untuk minta duit, korang bagi lah 3 4 biji gula-gula tu.

Lepas dah dapat gula-gula, walaupun ada yang degil dan masih mengharapkan duit, lambat laun diorang tak akan kacau korang dah.

Baca: 5 Tahun Di India, Lelaki Ini Menulis 14 Tip Untuk Anda Yang Mahu Ke Sana

bercuti-di-india-5

bercuti-di-india-7

bercuti-di-india-6

10. Kasut Bertutup

Big cities in India, macam Delhi adalah bandar yang paling teruk, paling kotor dan paling tercemar yang kami pernah pergi. Sebagai precaution, pakailah kasut yang bertutup kalau korang nak travel ke India.

Manalah tahu, kalau pakai selipar je, kot-kot lah terpijak air kencing ke kat lopak lopak jalan tu, tak ke naya. Kencing manusia tak apa lagi, kalau kencing tikus macam mana?

11. Layer Up

Kalau korang travel ke India pada musim sejuk, waktu malam dan pagi sebelum matahari tegak di atas boleh dikatakan agak sejuk sampai keluar asap dari mulut.

Masa kami di India, suhu pada waktu pagi boleh mencecah 12 degree Celcius. So, pack well and layer up! Kalau yang boleh tahan sejuk tu, mungkin tak perlu bawak sweater. Tapi yang tak tahan sejuk, a light jacket will do.

12. Gadget

Kalau korang pakai DSLR, jangan tukar lens di merata-rata tempat. India sangat tercemar dan teramat berdebu, bila-bila masa sahaja sensor kamera korang boleh dimasuki habuk walaupun korang tak tukar lens sesuka hati.

Jadi, bila tak perlu gunakan camera, simpan lah dalam beg instead of biar camera tu tergantung je kat badan korang. Dan jangan lupa bawa memory card yang mencukupi!

Baca lagi:  Travel Sejauh 6000KM Selama 23 Hari Di India. Ini Tip Daripada Saya

No comments:

Powered by Blogger.