Ads Top

12 Makanan Mesti Dicuba Bila Anda Travel Ke Arab Saudi

Pergi lah merantau mana-mana kat seluruh dunia ni, bab makan merupakan antara benda yang kita akan cuba sesuaikan diri dan kalau boleh nak cuba yang mana boleh selagi halal. Jadi inilah dia.

12 makanan PATUT cuba bila korang mai Saudi:

1. Khabsa (Mandy & Bukhari)

makanan-mesti-cuba-di-saudi-3

Makanan authentic orang Arab. Kalau mula-mula sampai tanah Arab biasanya depa akan sambut tetamu dengan makanan ni. Khabsa ni selalunya lauk ayam, tapi kadang-kadang diorang makan juga dengan lamb, dan sekali sekala ikan.

Mula-mula sampai sini, pemandu saya belikan sebungkus khabsa dengan ayam separuh untuk makan tengahari. And guess what, aku boleh makan khabsa tu 3 kali, lunch + dinner+ breakfast sebab khabsa ni memang banyak.

Jadi kalau makan kat restauran tu elok la kongsi-kongsi dengan kawan-kawan atau keluarga sebab memang takkan habis punya. Kalau korang boleh habiskan sekali makan je, korang memang champion. Hehehe.

Mandy adalah khabsa yang warna kuning, bukhari pula yang warna macam orange kemerahan. Aku prefer Bukhari sebab meriah dalam nasi diorg bubuh macam-macam. Khabsa biasanya dihidangkan dengan cili hijau, bawang besar potong-potong dan sambal tomato. Masakan ayam pula, ada BBQ grilled dan ada yang roasted. Harga untuk separuh ayam dalam SR12 ke SR18 bergantung pada tempat. Kalau seekor ayam (whole chicken), harga bawah SR30 dan nasi memang diorang bagi setalam. Huhuhu.

2. Falafel

makanan-mesti-cuba-di-saudi-19

Sejenis makanan untuk sarapapan atau makan lewat malam (at least for me. Hahaha). Falafel ni roti macam tortilla yang digulung. Falafel ni sesuai sangat untuk orang yang suka makan sayur dan tengah diet. Chewaahhh.

Inti dia telur rebus yang di hiris nipis, hirisan tomato, kentang goreng, hirisan terung, daun ketumbar dan yang paling special ialah bebola falafel yang diperbuat daripada kacang kuda yang dikisar dengan rempah, kemudian di goreang dengan kaedah deep fried dalam bentuk bebola.

Kalau minat pedas, korang boleh mintak diorang bubuh hot sauce. Kalau tak minat, boleh letak sos tomato dan mayonis saja.

3. Shawarma & Sharukh

makanan-mesti-cuba-di-saudi-16

Sama macam falafel tadi cuma inti dia bukan telur tapi isi ayam yang dipanggang kat special grill. Macam yang kita biasa tengok kat gerai kebab at Pasar Malam tu cuma beza mesin diorang ni besar gedabak dan isi ayam tu dihiris pakai mesin pemotong.

Shawarma adalah versi lebih kecil, Sharukh pula versi yang besar. Benda yang sama cuma size yang lain-lain. Biasanya depa gulung dalam aluminum foil untuk kekalkan rasa dan panas makanan ni. Memang sedap boh.

4. Kunafa

makanan-mesti-cuba-di-saudi-17

Aku baru cuba kunafa ni minggu lepas dan aku rasa korang patut cuba. Kunafa ni sejenis makanan pencuci mulut, lebih kurang macam kek yang dipenuhi melting cheese kat dalam. Topping kunafa ni pula depa letak satu makanan macam bihun.

Kemudian dibakar dalam oven untuk dapatkan tekstur rangup di luar, cheesy di dalam. Untuk makan, diorang akan curah air gula pekat kat atas kunafa ni. Nasihat saya, bila cuba kunafa ni, korang boleh postpone diet korang untuk sementara waktu. Hahaha.

5. Ar-Raishi

makanan-mesti-cuba-di-saudi-2

Sejenis pencuci mulut. Cara paling baik untuk aku boleh buat korang bayangkan adalah dengan cara macam ni – yogurt asli yang disejukkan lepas tu dicampur dengan jus mangga kemudian campur sekali dengan kacang badam yang dikisar kasar untuk tambahkan tekstur dan rasa rangup bila korang makan.

Kemudian ada pula kismis untuk element surprise. Kismis tak payah banyak-banyak sebab nanti terlampau manis dan campur sedikit Ribena untuk mendapatkan warna yang lebih menarik. Diminum ketika sejuk, memang sedap boh. Saya yakin korang akan repeat kalau dah cuba sekali.

6. Broasted chicken

makanan-mesti-cuba-di-saudi-15

Kat Saudi ni kalau korang tiba-tiba kempunan nak makan KFC, pesanan aku toksah la masuk KFC. Memang failed rasa KFC kat sini. Terlalu masin. Aku pun tak paham macam mana depa boleh makan KFC versi garam bukit terlebih ni. Hahaha.

Jadi penyelesaian dek kerana korang dah kempunan nak makan ayam goreng yang best-best, cuba cari restoran yang ada menu Broasted Chicken. Sebijik macam KFC kita kat Malaysia cuma kat sini depa tak ada la coleslaw and whipped potato bagai.

Biasanya set broasted chicken ni datang skali dengan kubus – sejenis roti ala-ala capati tapi nipis dan ringan. Lepas tu dapat lagi kentang goreng, garlic sauce dan satu lagi sos yang aku rasa macam rasa halia.

Kat Saudi ni sos cili memang tak ada. Jadi memang kena hadap pakai sos tomato je la. Depa ada ‘hot sauce‘ tapi rasa cuka yang melampau menyebabkan selera aku terbantut kalau makan dengan hot sauce ni.

Tapi kadang-kadang mulut Malaysia ni mesti nak makan pedas sikit jadi aku bubuh juga hot sos tu dalam campuran semua sos yang depa bagi dalam set tu.

Harga broasted chicken untuk satu set biasanya di bawah harga SAR 15 untuk setengah ekor ayam. Hahaha. Depa tak makan sikit-sikit tau kat sini. Kalau korang pergi  Mekah, boleh cuba Broasted Chicken Al-Baik. Kawan-kawan aku semua cakap kat situ sedap.

Baca: 13 Perkara Menarik Tentang Sikap Orang Arab Saudi Yang Kita Belum Tahu

7. Tamis

makanan-mesti-cuba-di-saudi-12

Roti ni aku rasa antara makanan kegemaran orang Arab. Tak salah saya berasal dari Pakistan sebab selalu aku makan masa sarapan, penuh orang Pakistan dok tapau roti ni.

Roti ala-ala roti nan kat Malaysia cuma saiz dia sebesar dulang hantaran bertunang tu. Satu roti tu biasanya dibelah 4. Dan disebabkan saiz yang besar tu, aku memang tak mampu habiskan sorang-sorang.

Ada macam-macam versi tamis. Kadang-kadang depa sapu air gula dan bijan. Ada yang campur keju dalam roti ni. Harga paling mahal tamis ni SAR 4 je untuk yang ada keju. Tapi kat Saudi ni makanan memang murah.

Kuah pula depa tibai jual juga. Bukan macam Malaysia yang korang boleh topup kuah sesuak hati dengan mamak tu. Kat sini kuah tu diorang jual. Tamis ni biasanya aku cicah dengan ‘mushakkal’, sejenis kuah kari kacang kuda yang dikisar lepas tu bubuh lada hitam dan keju tabur kat atas kuah tu.

Kalau korang jenis yang makan organ, boleh cuba ‘Khibdah’ iaitu hati lembu cincang yang dimasak dengan tomato dan bawang putih yang dipotong dadu. Nak pedas sikit boleh tambah black pepper.

Kuah dan lauk ni biasanya mahal sikit daripada tamis yang korang beli tu. Jadi jangan pelik kalau sekali sarapan kat sini boleh cecah SAR 10 sebab harga lauk dan kuah tu memag mahal sikit.

8. Laban

makanan-mesti-cuba-di-saudi-21

Susu ala-ala yogurt tapi rasa dia lebih tebal sikit. Laban ni sedap kalau korang nak tidur, tibai minum laban segelas. Korang memang akan tidur dengan lena. Selalu ada kat supermarket, dalam botol SAR 1 sampai la ke botol 3 liter yang harga dalam SAR 7 atau 8 macam tu.

Botol kecik ada perasa mangga, karamel dan strawberi tapi kalau botol besar, cuma ada perisa asli. Korang kena cuba. Jangan tamak beli yang besar. Cuba minum botol kecik dulu. Kalau serasi, boleh minum lagi. Kat Malaysia tak ada tau. Jangan dok teringat-ingat pula kalau dah balik Malaysia nanti. Hehehe.

9. Eishir a.k.a. jus

makanan-mesti-cuba-di-saudi-22

Kalau kat Malaysia tanahairku, bila order jus, rasa air gula mengatasi rasa jus yang orang order tu. Ais pula depa bubuh macam la kita nak ratah ais tu. Tapi kat Saudi ni lain.

Air jus depa sejukkan siap-siap dalam peti ais.  Dan kalau bubuh ais pun takat 2-3 ketul je. Depa memang bubuh air gula sikit gila dan kalau korang order air yang special sikit macam jus strawberi, korang tak boleh minum pakai straw sebab akan selalu sangkut.

Kenapa? Too much strawberry dalam jus korang tu. Harga jus kat sini pun murah. Untuk gelas besar dalam SAR 6 je. Kalau tambah susu mungkin kena tambah bayar  SAR 1 lagi.

Tapi memang puas hati. Jus yang popular kat sini adalah jus delima, jus strawberi, campuran jus pisang dan strawberi, dan boleh cuba juga jus pisang sahaja. Silap-silap lepas minum kat restoran, korang tapau sebungkus lagi. Hihihi.

10. Pepsi atau Bibsi

makanan-mesti-cuba-di-saudi-9

JANGAN GELAK! Bukan lawak ek. Pepsi kat sini macam sedap gila. Aku tak tau kenapa. Dan satu lagi, Pak Arab sini kalau makan apa-apa kat sini mesti minum Pepsi. Makan nasi tibai Pepsi, makan ayam goreng tibai Pepsi, makan kebab depa tibai Pepsi. Aku pelik.

Agaknya Pepsi memang baru sampai kat Saudi ni sebab diorang punya ketagihan dengan Pepsi tu lain macam sikit. Lori kontena Pepsi pula selang setengah jam dok lalu lalang kat Riyadh ni. Tempat lain kat Saudi aku tak tau pula. Nanti kalau korang sampai sini, cuba la Pepsi sini. OK.

11. Mutton (kambing) kadai

makanan-mesti-cuba-di-saudi-18

Lauk ni ada gak versi ayam kalau korang tak makan kambing. Dan lauk ni rasanya diimport dari India Selatan. Rasa dia macam rendang kita kat Malaysia cuma tak ada kerisik la depa bubuh kat sini.

Kat Malaysia aku memang tak penah nak cuba masuk kedai makanan India tapi kat Saudi ni, restoran India Selatan ni orang Muslim yang masak jadi status halal tu confident la sikit. Hidangan kambing di kedai ni biasanya dimakan dengan nasi briyani atau set nasi putih yang datang sekali dengan pelbagai lauk.

Harga set nasi putih dan lauk ialah SAR 10 ke 14 macam tu tapi portion diorang amatlah banyak. Jadi bawak-bawak mengucap masa order tu. Takut bazir lak nanti.

12. Chai halib

makanan-mesti-cuba-di-saudi-14

Teh susu. Kat sini selain Pepsi, air yang popular adalah Chai ni. Teh ni diorang buat memang lain dengan kita orang Malaysia buat. Aku dok skodeng cara depa buat hari tu. Depa pakai susu penuh krim.

Lepas tu campur dengan susu tepung sikit kemudian jerang sampai medidih. Lepas tu baru depa bubuh teh uncang kat dalam gelas. Kemudian diorang tuang susu campuran tadi dalam gelas.

Kat sini diorang tak guna krimer pekat manis ke, susu cap teko ke, susu cap gantung ke, memang mahal. Jadi diorang ambik susu lembu penuh krim untuk buat teh ni. Sedap dan murah. Harga biasanya SAR 1 je. Kalau depa jual mahal, mungkin kat Mekah la kot sebab depa pergi haji atau umrah balik hari. Hahahaha. Gurau je.

Pesanan penting

1. Toksah gatal-gatal masuk restoran masa nak dekat solat nanti tak sempat nak habis makan depa akan halau. Kat sini memang masa solat depa tutup lampu dan halau. Kalau korang nak makan gak, makan la bergelap macam dalam gua tu.

2. Kalau korang plan nak tinggal lama dan lebih daripada sebulan, sila pertimbangkan untuk bawa barangan berikut sebab barang makanan yang senang nak dapat kat Malaysia, kat sini susah dan mungkin tak ada langsung kat sini.

  • Sos cili
  • Kicap manis. Kat sini ada kicap bakso ABC tu je kalau nak rasa macam kicap manis.
  • Belacan
  • Pes-pes makanan segera seperti tomyam, nasi goreng dan lain-lain
  • Ikan bilis. Kat sini ikan bilis tak best. Rasa pelik. Tak tau kenapa.
  • Ikan masin

Baca lagi: Bagaimana Jururawat Ini Memohon Kerja Di Riyadh, Arab Saudi Dan Kisah Di Sebaliknya

No comments:

Powered by Blogger.