Ads Top

Wanita OKU Ada Anak Sakit Diceraikan Suami, Terpaksa Ke Kaki Lima Minta Sedekah


Beberapa keping gambar dan kepsyen yang disertakan oleh seorang pengguna Facebook bernama Haslina ZH telah menyentuh hati netizen di mana gambar menceritakan kisah seorang ibu Orang Kurang Upaya (OKU) yang mempunyai anak sakit terpaksa meminta sedekah sambil membawa anaknya yang tidak sihat.

Menurut Haslina, melihat ibu berkenaan berkerusi roda sedang mendukung anak di stesen LRT Terminal Bersepadu Selatan (TBS) telah membuat hatinya tersentuh.

Menurut beliau, ibu muda ini ini bernama Nadia, di mana merupakan seorang OKU sejak berumur 12 tahun, dia juga mempunyai empat orang adik beradik yang kesemuaanya berkerusi roda.

"Nadia mempunyai dua orang anak di mana seorang berumur tiga tahun dan yang sedang didukungnya itu berumur empat bulan yang mempunyai masalah pernafasan sejak lahir," tulisnya.

Menurut beliau lagi, Nadia merupakan seorang penerima zakat, namun terpaksa meminta derma selepas diceraikan suaminya.

"Banyak yang kami borakkan, tapi saya tidak mahu aibkan sesiapa, kehidupannya memang sangat susah."

"Ketika ini, kakak kepada bekasa suaminya sedang failkan di mahkamah untuk menuntut hak penjagaan anak, Ya Allah, berat betul dugaan Nadia." 

"Sebenarnya, tangan Nadia tidak kuat sangat nak pegang anak itu, masa dia datang ke situ dia hanya membawa sebotol susu (5oz) sebagai bekal untuk anaknya, bukan dia tak nak bagi susu badan, tapi dari keadaannya pun kita sudah boleh agak," tulis beliau lagi.

Bagi sesiapa yang hendak menolong Nadia boleh hubunginya di talian 014-2232108 atau hulurkan bantuan kewangan di 110541000061723 BSN atas nama Nurfitri Nadia Binti md Daud. - Siakapkeli.my

No comments:

Powered by Blogger.