Ads Top

(Video) Kanak-Kanak Buat Anak Panah Bantu Polis Kesan Penjenayah


Britain, 3 Apr - Tindakan bijak dan pantas sekumpulan kanak-kanak yang berbaring di atas tanah dan membentuk anak panah bagi menunjukkan lokasi penjenayah mendapat pujian polis Surrey.

Kumpulan kanak-kanak yang dianggarkan berumur 12 tahun itu berjaya membantu polis menangkap dua perompak yang melarikan diri ke hutan berhampiran pada 27 Mac lalu.

Difahamkan juga, kanak-kanak itu dikatakan sedang menyertai 'Easter Egg Hunt' sempena hari Easter.

Apabila mereka sedar bahawa terdapat pengangkutan udara polis yang sedang mencari penjenayah, mereka dengan kadar segera membuat anak panah menunjukkan arah penjenayah tersebut.

"Tindakan pantas yang diambil oleh kanak-kanak tersebut hanya boleh disaksikan dalam novel penyaisatan kanak-kanak Enid Blyton dan mereka benar-benar membantu pihak kami," kata pegawai polis, Sarjan Paul Sochon. - Siakapkeli.my

No comments:

Powered by Blogger.