Ads Top

Umur 88 Tahun Wanita Ini Masih Bekerja Di Dewan Bedah

Ramai orang kagum dengan wanita berusia 88 tahun ini apabila mendapat tahu dia masih bekerja sebagai doktor bedah di hospital walaupun umurnya telah lanjut. Namanya Alla Ilyinichna Levushkina, doktor bedah tertua di Rusia.

surgeon 1

Selama 67 tahun bekerja, dia telah melakukan lebih dari 10,000 operasi pembedahan. Dan kini dia masih melakukannya kerana baginya doktor bedah bukan sekadar kerjaya tetapi ia adalah sebahagian dari kehidupannya.

surgeon 2

“Saya kerja dan lakukan macam-macam. Saya tak buat apa-apa untuk persaraan. Doktor – ia bukan sekadar profesion, ia adalah cara hidup. Apa lagi ada di dalam kehidupan doktor bedah, jika tidak bekerja?”

surgeon 4

Sekarang Levushkina melakukan 4 pembedahan dalam seminggu sahaja. Dia memulakan harinya seawal pukul 8 pagi di klinik dan kemudian ke hospital untuk melakukan pembedahan selepas pukul 11 pagi. Waktu tidak bekerja pula, dia menjaga anak saudara lelakinya yang kurang upaya.

surgeon 8

Sebenarnya Levushkina mahu menjadi ahli geologi semasa kecil tetapi selepas membaca buku tentang doktor, ia telah membuatkan Levushkina mahu menjadi doktor bedah. Jadi, dia fokus belajar dan masuk ke salah sebuah universiti perubatan yang terbaik di Moscow.

surgeon 5

Levushkina tidak mempunyai anak dan tidak pernah berkahwin. Tapi dia mempunyai 8 ekor kucing jalanan yang dijaganya di rumah sebagai teman. Baru-baru ini dia turut menerima anugerah doktor terbaik di Rusia, Anugerah Vocation kerana kesetiaannya pada kerjayanya itu.

surgeon 7

“Apabila saya merawat seseorang, dia akan menjadi orang yang rapat dengan saya,” ujar Levushkina.

Apabila ditanyakan rahsia dia panjang umur dan kuat, dia menjawab:

“Saya hidup kerana ia adalah kehendak Tuhan. Siapa yang akan bagi saya tenaga untuk hidup dan bekerja pada usia 88 ini?”

No comments:

Powered by Blogger.