Ads Top

Uber Lancarkan Servis UberEATS Di Melbourne Australia

Uber sekali lagi bakal menawan Australia. Kali ini dalam bidang yang lain dari core business mereka ; servis penghantaran makanan. Servis UberEATS sudah boleh digunakan oleh penduduk di Melbourne, Australia.

Jadi sebelum tu, apa tu UberEATS? UberEATS adalah servis penghantaran makanan dari restoran yang anda ingini dalam masa 10 minit atau kurang. Jadi ianya adalah servis penghantaran makanan serupa Foodpanda.

c18352717fe941f98f1ba410e9defa15

UberEATS mula dilancarkan di kota-kota terkemuka di Amerika seperti New York, Seattle dan Los Angeles. Melbourne merupakan bandar kedua selepas Paris, servis UberEATS ini dilancarkan di luar Amerika.

Aplikasi itu kini menawarkan sekitar 80 restoran sekitar Melbourne yang boleh dipilih antaranya Super Normal, Gazi, Pidapipo dan Jimmy Grants. Siapa yang pernah duduk di Melbourne pasti kenal restoran-restoran ini. Ianya akan beroperasi dari 11 pagi hingga 10 malam.

UberEATS-1050x700

Buat masa ini, UberEATS menawarkan servis penghantaran makanan percuma untuk masa terhad dan yang best berkenaan servis UberEATS ini adalah tiada pesanan minumum. Jadi kalau anda mahu pesan single order sekalipun, UberEATS tetap akan hantar kepada anda.

Secara tak langsung UberEATS masuk pasaran Australia dengan penuh bergaya. Servis penghantaran yang sedia ada seperti Foodora dan Deliveroo perlu ubah strategi pemasaran mereka kerana servis mereka menetapkan minimum order atau kadar tertentu untuk setiap pesanan. Kalau dah sampai Australia tu, tak lama lagi UberEATS ni akan sampai pula di Malaysia? Kita tunggu sahaja perkembangan lanjut tentang servis ini.

No comments:

Powered by Blogger.