Ads Top

‘Tropicana Frutz’ Minuman Jus Dengan Campuran Soda Yang Menyegarkan

Tropicana kini memperkenalkan minuman terbaru kepada penggemar-penggemar jus – Tropicana Frutz, minuman berkarbonat dengan jus buah-buahan sebenar.

Tropicana Frutz menawarkan jus yang memenuhi cita rasa yang berlainan untuk dinikmati oleh para penggemarnya di Malaysia. Ia diperbuat dengan jus sebenar dan mengandungi vitamin C. Ia juga mengandungi soda, rasa lazat dan menyeronokkan. Tropicana Frutz sesuai bagi para pengguna yang sukar membuat pilihan antara minuman jus buah-buahan atau minuman ringan berkarbonat.

Tropicana Frutz dilancarkan oleh Permanis Sdn Bhd di Malaysia untuk memperkukuhkan serta melengkapi rangkaian produk Tropicana Twister berperisa oren, epal, anggur dan laici yang terdapat di pasaran. Tropicana mula diperkenalkan pada tahun 2008 dan kini merupakan jenama yang digemari oleh orang ramai kerana kualiti jus buah-buahan sebenar yang konsisten dan menyegarkan.

tropicana frutz

Tropicana Frutz pasti dapat menarik perhatian golongan yang menginginkan bukan setakat khasiat buah asli semata-mata, tetapi juga membangkitkan deria rasa para pengguna dengan rasa yang hebat dan menyeronokkan.

“Pembeli sentiasa mencari kelainan dan keunikan di dalam rangkaian produk dan rasa yang menyeronokkan. Tropicana Frutz menawarkan soda dalam kadar yang sesuai dengan jus buah-buahan sebenar dan menawarkan para pengguna rasa yang menyegarkan dan kebaikan buah-buahan sebenar,” ujar Naib Presiden Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Permanis, Hemalatha Ragavan.

Tropicana Frutz boleh didapati dalam dua perisa buat masa ini: epal dan oren. Pengguna-pengguna boleh menikmati Tropicana Frutz dalam botol 330ml dan ia kini boleh didapati di semua rangkaian kedai-kedai runcit utama, termasuk stesen-stesen petrol. Layari tropicana.com.my untuk masuk peraduan berkenaan Tropicana Frutz ini. Boleh menang banyak hadiah ya.

tropicana 2

No comments:

Powered by Blogger.