Ads Top

Terkini : Mayat Lelaki Ditemui Dalam Ibu Pejabat Apple


Cupertino , California, 28 Apr - Satu mayat lelaki telah ditemui di sebuah bilik persidangan di ibu pejabat syarikat teknologi gergasi, Apple di sini.

Dailymail melaporkan, pihak polis kini sedang menyiasat perkara itu dan maklumat tentang penemuan mayat itu amat terhad.

Laporan dari portal antarabangsa lain juga menyebut mangsa berkemungkinan membunuh diri.

Namun sehingga kini masih belum ada kenyataan rasmi oleh Apple mengenai penemuan itu.

Penemuan mayat itu datang sehari selepas saham syarikat gergasi itu jatuh selepas pendapatan mereka merosot buat kali pertama dalam tempoh 13 tahun. - Siakapkeli.my

[Kemaskini]

Menurut pemberita tempatan, sepucuk pistol ditemui berhampiran mayat lelaki tersebut.

Dailymail juga melaporkan, lelaki yang ditemui itu adalah pekerja syarikat berkenaan.


Penyiasat tiba di tempat kejadian.

No comments:

Powered by Blogger.