Ads Top

"Saya Geli Tengok Isteri Saya, Tak Terurus, Bau Bawang," Luahan Ini Buat Netizen Sekolahkan Seorang Suami

Gambar Hiasan

Hari ini tersebar di laman sosial Facebook yang dimuatnaik oleh page Kisah Rumah Tangga di mana mengisahkan seorang suami yang menceritakan kisah isterinya yang sering mengadu penat walaupun hanya bekerja dirumah dan isterinya tidak pandai mengurus diri sehingga dia rasa geli.

berikut adalah tulisan suami berkenaan.

Assalamualaikum,  nak tanya, Isteri saya asyik kata penat dan macam-macam alasan sedangkan dia hanya suri rumah dsn saya yang bekerja.

Saya letih-letih bawa moto, mengantuk dan hampir-hampir kemalangan tapi dia pula, bila saya balik dia yang cakap penat, saya tengok Facebook banyak je dia pos itu ini, gambar makanan la dan macam-macam.

Saya rasa pening memikirnya bila saya ajak bersama dia kata tak larat, nanti saya kahwin lagi satu dia marah pula. Dia setakat jaga rumah dan anak-anak je yang semua tiga orang, seorang tiga tahun, seorang 2 tahun dan seorang enam bulan.

Bengang pun ada bila malam dia terus je tidur, saya ni dai tidak layan ke apa ke, bila esok saya pergi kerja saya tak makan sarapan dia buat akan 'touching' bagai, "adoii, apa la kena dengan dia ni, tak faham ke apa?"

Kadang-kadang saya rasa malas nak balik rumah bila tengok rumah bersepah, tengok dia pun bau bawang, anak-anak bau wangi, dia pula tak reti nak urus diri sendiri, "Urus anak pandai pulak kan? urus diri sendiri tak boleh?"

Saya sudah tak tahu nak kata apa, dia punya cemburu bukan main kuar, saya malas nak layan kadang-kadang tu, tolong la saya, dah tak tahu nak buat apa, umur muda lagi, baru 26 dan macam apa saya tengok. diri tidak terurus.. meluat.. geli pun ada.

Kerana luahan suami berkenaan, nampaknya telah membuatkan netizen naik marah kerana menyifatkan suami berkenaan sebagai tidak bertanggunjawab kerana hanya memikirkan dirinya.

Tampil seorang netizen bernama Syaifuddin Syaary, beliau telah menulis satu perkongsian yang cukup berguna berdasarkan pengalamannya yang juga merupakan seorang suami yang mempunyai tiga orang anak.

Berikut adalah tulisan beliau yang dilihat pasti 'menusuk kalbu' hati suami berkenaan.

Salam tuan tanah..saya sendiri lelaki dan mempunyai ank 3 dan nak masuk 4.. saya harap tuan duduk di tempat isteri tuan selama 3 hari je.

Biar isteri tuan berehat bersama kawan-kawan atau tuan bagi duit untuk dia ke spa untuk buat rawatan badan dan dirinya..3 hari je tuan..tuan cuba bangun pagi membasuh memasak sarapan uruskn anak-anak, mengemas..Pergi pasar bawak 3 orang anak yang kecil2 tu,beli barang-barang segar masak special untuk isteri tuan masuk tengahari masak tangahari urus aanak lagi berak kencing menangis makan mandi.

Hampir petang tuan angkat baju yang dah kering,kemas rumah lagi yang di sepahkan oleh 3 anak tuan..uruskan anak lagi yang tak habis nak mkn nak main nak ditukar lampin dan hampir malam tuan masak untuk dinner.

Akhir sekali malam tuan mesti dah penat sebab uruskan semunya tuan pun nak tidur, tapi tak baloh jugak anak menangis nak susu anak menangis nak tukar lampin.. 

Ok lepas 3 hari tuan komen balik kat sni ape terjadi..pada anak-anak pada makanan pada keadaan rumah.dan sebagainya. Tuan yang paling penting saya nak bagitahu kat sni..tangungjawab tuan adalah melindungi isteri beri keselesaan pada isteri dan ank-anak. 

Bukan buat isteri macam orang suruhan tuan.a pe yang isteri tuan lakukan ini semua adalah isteri tuan telah menringankan beban dan tangungjawab tuan dan kalau tuan mampu..tuan boleh upah orang gaji untuk uruskan membantu isteri tuan meringankn kerja rumah.

Lebihkan pembelanjaan untuk isteri tuan berhias, kalau kata tuan tidak mampu..tuan selesaikan tangungjawab tuan semuanya jaga anak bekerja urus rumah tangga, so bila malam sebelum tido insyaAllah isteri tuan akan layan tuan seperti putera raja. - Siakapkeli.my

No comments:

Powered by Blogger.