Ads Top

Perbualan Dengan Bekas Penagih Yang Buat Aku Tersedar Pada Satu Benda Bernilai

Kepenatan menguruskan abah, saya turun ke tingkat bawah hospital untuk melepaskan lelah. Tiba tiba saya disapa seorang lelaki tua.

“Kau tahu dik cara untuk lelaki macam kita terus hidup bebas dalam dunia sekarang?”

Enggan berfikir panjang, saya menjawab “Tak”

Never make a girl pregnant, and don’t do drug

“Oh, terima kasih. Jaga kawan bang?”

“Aah, kau?”

“Abah”

“Oh. Kau tahu dik, waktu muda ni kau jaga diri kau betul-betul. Kau nampak educated. Jangan jadi macam aku, sia sia masa muda aku keluar masuk penjara dan pusat serenti sebab dadah. Sekarang alhamdulillah, dah 10 aku bebas. Sekarang aku in charge DIC Kuantan (satu home care bagi bekas bekas penagih dadah). Kau tahu kan, tepi Vistana tu”

And this is the best part.

“Oh. DIC, tahu tahu. Ok, sebenarnya bang, apa punca mereka (bekas penagih) kembali semula kepada dadah selain penolakan keluarga dan masyarakat?”

“Bagus soalan kau tu. Ok, pada aku dia ada beberapa sebab :

1. Penolakan keluarga
2. Penolakan masyarakat
3. Kewangan
4. Perayaan (trigger)
5. Circle rakan rakan
6. Kediaman

Kebanyakan kembali menagih, dari pengalaman aku bermula dengan penolakan keluarga dan masyarakat, malu kata mereka.

Kemudian mereka akan mula mengalami masalah kewangan disebabkan sukar mencari kerja. Jadi mereka akan kembali semula ke pangkuan rakan-rakan mereka yang lama. Akhirnya kau tahu lah dik. Takkan semua aku nak cerita.

Inilah masalah utama masyarakat kita dik. Jika kita sendiri sebagai keluarga (khususnya) dan masyarakat (amnya) memandang serong kepada mereka, pada siapa lagi mereka mahu dapatkan kekuatan bagi memulakan hidup baru?

Ada satu kes ni, dia betul-betul dah insaf. Aku kenal orangnya. Tapi kau tahu? Rupanya dalam diam semasa dia mendapatkan rawatan isteri dia failkan penceraian di mahkamah.

Apa perasaan kau dik, bila isteri yang sepatutnya menyokong usaha kau tiba tiba membelakangi kau?

Aku kenal orangnya dik. Baik, tak pernah aku nampak dia angkat tangan dan tinggikan suara pada sesiapa. Tak silap aku dia mula ambik dadah masa kerja. Kau tahulah kan dia pemandu lori. Sekejap di utara sekejap di selatan sekejap kat situ sekejap kat sini.

Kau tahu at akhirnya apa jadi? Hancur dik, hancur. Luluh hati aku dik, last aku dengar dia kena ambush di rumah kawan-kawan dia. Itulah yang jadi bila kita tak bagi sokongan pada mereka.”

“Tapi bang, tak ke bahaya kalau isteri dia tak ambil tindakan macam tu? Dorang ada anak kecil?”

“Ada. Betul tu. Tapi kau kena sedar dan tahu apa yang dimaksudkan dengan rawatan. Rawatan ni kita beri bila mereka sukarela datang serah diri, bukan sebab kena ambush ke apa.

Kita terima mereka dengan tangan terbuka dan didik mereka hingga bebas sepenuhnya daripada najis tu. Aku tahu, aku pun dulu macam tu. Serik kena ambush baru aku serah diri untuk rawatan.

Kita ni pun makin lama makin tua dik. Sampai bila nak macam ni. Nak nak orang baik macam dia. Sebab itu dia datang serah diri untuk kami rawat. Dia datang dalam keadaan sukarela tanpa sesiapa paksa. Maksudnya dia sendiri bertekad nak berubah”.

“Tapi, masih ada peluang untuk bahayakan ornag lain kan? Maksudnya masa dia tengah lalok ke. Isteri dia mesti lebih aware, lebih tahu berbanding kita”.

“Macam nilah aku simpulkan dik. Kau merokok? ”

“Dulu pernah. Tapi dah berhentu beberapa bulan dari awal tahun hari tu”.

“Mudah tak kau berhenti?”

“Susah bang hahahaha”.

“Tapi akhirnya kau berjaya kan?”

“Setakat ni Alhamdulillah lah”.

“Kau rasa kau mampu ke berhenti tanpa kesedaran dan sokongan orang yang rapat dengan kau?

“Tak” (Ah shit, checkmate!)

“Haa macam tu lah yang aku maksudkan dik. Aku ulangi, dia tak berbahaya, kesedaran dia tinggi. Dan ketagihannya bukanlah seteruk yang lain. Masih terkawal. Dan kami sendiri yakin dia boleh berubah”.

“Oh okay betul juga. Kalau bukan orang terdekat sokong, siapa lagi. Haru jugak kalau saya jadi dia”.

See. Told you

“Okay so what does DIC really do?”

“Kita ada 3 fasa. Fasa I, pemulihan. Mereka yang datang pada kita akan kita hantar ke base camp di Jalan Gambang selama 6 bulan.

Setelah itu, kita bawa mereka ke rumah DIC untuk House Care (Fasa 2). Di sini kita beri mereka kerja dan tinggal di sini.

Kemudian, After Care (Fasa 3). After Care ni kita akan carikan mereka kerja di luar DIC namun diwajibkan untuk mereka untuk tinggal di sini. Setiap fasa akan berlangsung selama 6 bulan”.

“Oh. Siapa yang uruskan mereka ni?”

“Kami. Mereka mereka yang berjaya bebas daripada program kami ini diwajibkan menyumbang kembali dari beberapa sudut untuk membantu rakan-rakan yang lain.

In sha allah, kita bantu satu sama lain terutamanya dari segi sokongan moral dan keyakinan diri bagi berhadapan semula dengan dunia luar. Biar lah keluarga mereka buang pun. Takpa. Kami kutip dan kami ambil mereka join keluarga besar kami sebab…

Kami ni macam lidi. Duduk sorang-sorang mudah patah, lemah. Tapi kalau ramai-ramai (komuniti), kami akan kuat. ”

Inilah perbualan singkat yang buat aku sedar semua orang perlu diberi peluang kedua tak kira apa kesalahan yang mereka lakukan. Sesungguhnya tuhan itu maha pengampun ke atas hambanya.

No comments:

Powered by Blogger.