Ads Top

Penggunaan Waze Secara Percuma Ditawarkan Buat Pengguna U Mobile

Akhir-akhir ini, syarikat telco dan internet semakin berlumba-lumba untuk memberikan tawaran yang terbaik buat pengguna. Jika sebelum ini, syarikat-syarikat telco lebih memfokuskan kepada penstriman filem dan muzik, U Mobile mengambil pendekatan berbeza dengan menawarkan penggunaan data percuma untuk aplikasi Waze.

Screen Shot 2016-04-19 at 8.37.16 PM

Edward Ling selaku Pengarah Urusan Waze Malaysia mengatakan inisiatif kerjasama di antara U Mobile dan Waze ini tidak lain tidak bukan untuk memudahkan pengguna serta meramaikan community Waze Malaysia.

Waze yang mempunyai lebih 2 juta pengguna aktif setiap bulan sekitar Kuala Lumpur juga berimpian untuk mengurangkan masa pengguna di atas jalan raya dengan mengambil laluan altenatif yang terbaik.

Penawaran data percuma ini disediakan oleh U Mobile untuk para pelanggan yang mempunyai langganan semua pelan data bulanan untuk pascabayar, prabayar dan broadband.

Promosi data percuma daripada U Mobile untuk aplikasi Waze ini akan berlangsung pada 19 April 2016 sehingga 31 December 2016.

No comments:

Powered by Blogger.