Ads Top

Pelajar Ditumbuk Setelah Terlanggar Bahu Rakan, Terima 5 Jahitan

Bentong, 5 Apr: Seorang pelajar lelaki menerima lima jahitan di kepala selepas dia ditumbuk oleh rakan di sekolah menengah di Pelangai dalam kejadian semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor, dalam kejadian yang berlaku pada 12.20 tengahhari itu, mangsa yang berusia 15 tahun dalam perjalanan dari dewan sekolah ke bilik darjah.
"Ketika itu mangsa dipercayai terlanggar bahu suspek kerana mahu mengelak tukang cuci yang berada di koridor.
"Bagaimanapun, suspek yang berang secara tiba-tiba meluru ke arah mangsa dan menumbuknya sehingga terkena bahagian pipi sebelah kiri mangsa," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.
Akibat tumbukan itu, mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan.
"Kes masih dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan," katanya. - Siakapkeli.my

No comments:

Powered by Blogger.