Ads Top

Nike Flyknit Racer Multicolor Akan Kembali Di Pasaran Mei Ini

Pertama kali dilancarkan pada tahun 2013, warna ‘multicolor’ ini menjadi rebutan para sneakerheads untuk model Flyknit Racer ini. Selepas mengeluarkan ‘Multicolor 2.0’ tahun lepas, nampaknya Nike baik hati untuk menjual semula warna favourite ini pada tahun 2016.

Teknologi Flyknit yang ada kasut ini menjadikan kasut ini sangat ringan dan selesa untuk dipakai. Dikatakan ‘Multicolor 2016’ ini akan mengekalkan knit yang sama seperti model asal, cuma lidah kasut ini nanti akan berwarna grey, bukannya hitam.

‘Multicolor 2016’ akan berada di pasaran 13 Mei ini pada harga jualan USD150 (lebih kurang RM580). Resellers pasti tak senang duduk dah dengan berita ini.

2d43335dfeefb3c25dc7703f620c1be6

No comments:

Powered by Blogger.