Ads Top

Murid Perempuan Tahun 1 Maut Dipatuk Ular Di Sekolah


Kota Bharu: Seorang murid perempuan tahun satu Sekolah Kebangsaan Dato Hashim 1, Pengkalan Chepa maut selepas dipercayai telah dipatuk seekor ular di betis kirinya kira-kira jam 10.30 pagi tadi di perkarangan sekolah, lapor Harian Metro.

Mangsa, Nuri Nadirah Ruslan dilaporkan telah meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang bermain di kawasan lapang sekolah kerana waktu rehat dan dipercayai telah dipatuk ular.

Menurut ibu mangsa, Wan Nor Izzatul Azwana Wan Mohamad, 28, berkata, ketika dihubungi oleh pihak sekolah tentang anaknya itu, beliau sedang berada di tempat kerja.

"Saya bergegas ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa dan melihat anak sudah tidak sedarkan diri," katanya di sini, hari ini

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat. - Siakapkeli.my

No comments:

Powered by Blogger.