Ads Top

‘Misplaced’ Karya Manipulasi Bangunan Terkenal Di New York

Kita mesti sudah biasa jika melihat bangunan tinggi dan moden di bandar-bandar. Bagaimana kalau bangunan-bangunan ini muncul di kawasan yan tidak dijangka?

Jurugambar Anton Repponen dengan projek manipulasi gambarnya, ‘Misplaced’ menempatkan bangunan-bangunan terkenal di New York di tempat-tempat yang tidak tidak dijangka seperti di padang pasir, di kawasan pergunungan dan kawasan tanah tandus.

“Saya mahu melihat bagaimana bangunan-bangunan ini akan nampak apabila ianya tidak berada di tempat asal mereka,” kata Anton. “Adakah ianya masih cantik dan logik? adakah ianya akan menjadi lebih cantik di enviroment baru?” tambah Anton.

Lihat 10 gambar yang diedit Anton. Nampak macam tempat orang jahat dalam James Bond pun ada. Harap nanti Anton akan buat pula siri ‘Misplaced’ ini untuk bangunan terkenal dari seluruh dunia. Nak juga tengok bagaimana kalau KLCC ada di hutan Amazon. Pasti epik.

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

No comments:

Powered by Blogger.