Ads Top

Minat Stripe Jadikan Wanita Ini Kreatif Hias Rumah Dengan Bajet Minima

Mahukan dekorasi yang cantik tak semestinya perlu berbelanja mahal. Itulah yang telah dilakukan oleh Puan Yana Zaraa.

Beliau melakukan dekorasi rumah dengan menggunakan bajet yang minima. Rumah Puan Yana yang terletak di Semenyih ini dihias sendiri mengikut citarasa beliau.

Sebagai peminat ‘stripe‘, menurut Puan Yana kebanyakan bajet barangan deko beliau dibawah RM100 kecuali sofa dan laci putih.

Sejak menginap di rumah ini 5 tahun lalu, Puan Yana melakukan ubah suai sedikit demi sedikit. Dianggarkan sehingga kini total perbelanjaan dekorasi beliau di bawah RM5,000.

Berkenaan rujukan dan idea dekorasi pula, kebanyakan rujukan beliau adalah daripada majalah dan juga group dekorasi di Facebook.

Sehingga kini menurut Puan Yana, dekorasi di rumah beliau belum siap sepenuhnya. Pemasangan wall paper dan cat dinding biasanya dilakukan di hujung minggu dengan bantuan suami beliau.

Menurut Puan Yana juga, barangan yang dibeli tak perlu mahal. Yang penting tahu bermain dengan kreativiti.  Kebanyakan barangan deko Puan Yana adalah daripada Ikea dan kedai DIY.

Bagi mereka yang gemar bertukar perabut pula, ini tips daripada Puan Yana;

“Kalau suka tukar-tukar perabot, saya jual perabot yang saya rasa dah tak kena dengan selera saya kat dalam group-groupd perabot terpakai di FB. Duit daripada jualan tersebut boleh syaa gunakan untuk beli yang baru.

Jadi saya hanya perlu tambah sikit je duit. Itu langkah penjimatan yang sering saya lakukan. Dengan itu saya boleh dapat perabot baru tanpa keluarkan kos yang tinggi” – Puan Yana.

Jom layan hasil sentuahan kreatif Puan Yana mendekorasi rumah beliau.

Baca: Idea Kreatif Dekorasi Ruang Tamu Kecil Di Rumah Kuarters

dekorasi-gaya-ikea-1

dekorasi-gaya-ikea-2

dekorasi-gaya-ikea-3

dekorasi-gaya-ikea-16

dekorasi-gaya-ikea-4

dekorasi-gaya-ikea-5

dekorasi-gaya-ikea-7

dekorasi-gaya-ikea-8

dekorasi-gaya-ikea-9

dekorasi-gaya-ikea-10

dekorasi-gaya-ikea-11

dekorasi-gaya-ikea-12

dekorasi-gaya-ikea-13

dekorasi-gaya-ikea-14

dekorasi-gaya-ikea-19

dekorasi-gaya-ikea-15

dekorasi-gaya-ikea-18

Jika anda juga peminat dekorasi dan ingin kongsikan hasil sentuhan kreatif anda, emailkan kepada kami di team editorial Vocket atau hubungi kami di Facebook Page TheVocket.

Baca lagi: Pasangan Ini Ambil Masa 3 Tahun Hias Sendiri Rumah Ikut Citarasa Mereka

No comments:

Powered by Blogger.