Ads Top

Laporan 1MDB WSJ Tercalon Untuk Hadiah Pulitzer


Siri artikel yang diterbitkan oleh portal The Wall Street Journal (WSJ) mengenai skandal kewangan 1MDB berjaya dicalonkan untuk kategori laporan antarabangsa bagi hadiah Pulitzer, kata portal tersebut.

"Liputan kami 'Watergate Malaysia' # 1MDB adalah finalis bagi Hadiah Pulitzer dalam kategori laporan antarabangsa," tulis WSJ dalam tweet pagi ini.

Laman web rasmi Putlizer berkata, WSJ telah mengemukakan siri artikel yang disiarkan antara Jualai dan Disember tahun lalu - ditulis oleh Tom Wright, Bradley Hope, Simon Clark, Mia Lamar dan James Hookwood.

Penulis-penulis tersebut diberikan kredit tbagi hasl kerja yang disifatkan sebagai "laporan cemerlang dalam mendedahkan korupsi di peringkat tertinggi di demokrasi yang rapuh, membawa kepada Watergate Malaysia", lapor Malaysiakini.

Anugerah Hadiah Pulitzer disampaikan kepada pemenang pada hari Isnin.

Pada 2015, lembaga Hadiah Pulitzer menganugerahkan Alissa Rubin dari The New York Times sebagai pemenang kategori laporan antarabangsa untuk kerjanya di Afghanistan.  - Siakapkeli.my

No comments:

Powered by Blogger.