Ads Top

KPN Arah Polis Tangkap Lelaki Lontar Komen Biadap di Facebook


26 Apr - Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar hari ini mengarahkan polis menahan seorang pemilik akaun Facebook yang melontarkan komen biadap di media sosial itu.

Khalid memberi arahan tersebut menerusi laman Twitternya.

"PCIRC @PDRMsia, kesan dan tangkap orang ini dengan segera.", tulis Khalid.

Bersama 'tweet' tersebut, Khalid turut menampilkan bersama dua keping gambar yang memaparkan gambar dipercayai pemilik akaun tersebut dan juga keratan komennya.

"Sbb gambar Makkah tu... babi yg yg Allah seperti gambar td! huhu.... bodoh bangsat kaum melayu ni yg just pinjam agama dari arab....! phui...", tulis pemilik akaun terbabit.

Melihat kepada bahagian biodata di akaun lelaki berkenaan, dipercayai beliau berasal dari Ipoh, Perak.

No comments:

Powered by Blogger.