Ads Top

Kisah ‘Barber’ Jutawan Yang Memandu Rolls Royce Ke Tempat Kerja

G. Ramesh Babu adalah seorang barber dengan status jutawan. Hebat bukan? Beliau adalah pemilik Inner Space Salon, di Bengaluru, India. Setiap hari beliau akan menggunting rambut pelanggan tetapi beliau juga mempunyai bisnes lain. Bisnes tepi inilah yang menjadikan beliau seorang jutawan. Bisnes tepi beliau itu adalah bisnes menyewa kereta mewah.

Beliau bukanlah dari keluarga yang berada. Beliau menjadi seorang barber bermula pada umur 18 tahun, mengambil alih kedai gunting rambut dari ayahnya yang sudah meninggal dunia. Pada tahun 1997, beliau membeli kereta pertama beliau, sebuah van jenama Maruti Omni.

R1

Ceritanya beliau menghadapi masalah untuk membayar kereta itu dengan pendapatan yang diterimanya sebagai barber. Kemudian idea untuk menyewakan van Omni itu datangnya dari mak ciknya yang menyuruh beliau menyewakan vannya itu supaya beliau dapat duit untuk membayar van tersebut. Sejak daripada itu, beliau kini mempunyai 265 buah kereta mewah termasuk sebuah Rolls Royce, 6 buah BMW, 9 Mercedes, sebuah Jaguar dan banyak lagi.

“Pada mulanya saya menyewakan kereta saya kepada syarikat Intel dan ramai klien tempatan lain di sini. Apabila bisnes semakin baik, saya memberanikan diri untuk membeli Mercedes E-Class yag pertama. Disebabkan tiada servis menyewa kereta seperti ini walaupun untuk kegunaan deligasi luar, jadi rasanya sebab itu saya berjaya dalam bisnes ini,” kata Ramesh.

Mereka yang menyewa kereta dari Ramesh juga bukan calang-calang termasukkah pelakon terkenal Bollywood, Aishawarya Rai, Amitabh Bachan dan Shah Rukh Khan. Kadar sewaan untuk kereta Rolls Royce beliau adalah 75,000 rupees (lebih kurang RM4400) sehari. Walaupun bisnes sewa kereta ini berkembang maju, Ramesh masih terus menjalankan bisnes keluarganya dengan menjadi barber setiap hari.

“Setiap pagi pada jam 6 pagi, saya akan ke garaj untuk memeriksa kereta untuk disewa. Pada jam 10.30 pagi saya akan berada di pejabat. Setiap petang jam 5.30 petang tanpa gagal, saya akan berada di salon saya. Saya ada pelanggan tetap yang mahukan guntingan rambut daripada saya. Sebab itu saya perlu juga ke kedai gunting,” tambah Ramesh.

Ramesh turut mengajar anak-anak beliau menggunting rambut. Ramesh menambah ianya skill yang mudah dan ianya tidak perlu dipelajari sepertimana pelajaran sains dan matematik. Jika suatu hari beliau sudah tiada, anak beliaulah yang akan menyambung legasi kedai gunting keluarga mereka itu.

Ramesh berpegang kepada prinsip jangan melupakan asal usul anda walaupun anda sudah mengecap kejayaan paling tinggi dalam hidup. Respect dengan prinsip dan cara kerja Ramesh ini. Kalau anda rasa dua kerja tu susah, boleh jadikan Ramesh sebagai inspirasi. Get rich or die trying bak kata 50 Cent.

barber-compressed

No comments:

Powered by Blogger.