Ads Top

Kini Anda Boleh Membayar Tambang Uber Melalui Wang Tunai Sekitar Kuala Lumpur

Bayaran tunai buat Uber Malaysia bukanlah sesuatu yang baru. Kini anda boleh membuat bayaran secara tunai buat Uber sekitar Kuala Lumpur selepas berjaya diimplementasikan di Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang.

Pemilihan cara pembayaran sama ada melalui tunai atau kad kredit boleh dipilih semasa anda menentukan lokasi kawasan anda. Harus diingat, pembayaran yang melibatkan sen akan dibundarkan kepada ringgit terdekat.

Adakah anda merasakan cara ini lebih memudahkan? Bagi kami ya memandangkan anda mempunyai pilihan untuk membuat pembayaran. Selain itu, jika anda kerap menggunakan Uber bersama rakan anda, mungkin anda akan lebih menyukai cara ini memandangkan harga tambang mudah untuk dibahagi sama rata.

Kami berminat untuk tahu respon anda tentang Uber Malaysia dan adakah Uber berjaya untuk menyelesaikan masalah anda dengan harga yang berpatutan? Kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.

No comments:

Powered by Blogger.