Ads Top

Ini Harga Baju Perisai Darth Vader Di Dunia Sebenar

Bagi peminat Star Wars, anda pernah tak terfikir berapa harga untuk membuat baju perisai Darth Vader? Mengikut teknologi yang ada pada perisai ini, tidak mustahil jika ada yang berjaya membuat suit ini.

Di bawah adalah gambar menerangkan teknologi yang ada pada setiap bahagian baju perisai ini. Untuk helmet Darth Vader saja, pihak dark side perlu berbelanja USD600 ribu. USD5.4 juta dibelanjakan untuk tangan dan kaki palsu yang dipakai oleh Darth Vader (Tangan dan kaki Darth Vader dipotong oleh Obi-Wan dalam Star Wars Episode 3).

darth-vader-armor-price-011-800x1200

Jumlah besar yang perlu dibayar oleh the dark side adalah USD18.3 juta. Itulah harga yang perlu mereka bayar untuk membawa Anakin ke dark side dan menjadikan Anakin general untuk melawan Jedi. Owh, dengar cerita Darth Vader akan buat kemunculan dalam Rogue One : A Star Wars Story. Kita tunggu dan lihat apa peranan watak Darth Vader dalam filem Rogue One itu nanti.

No comments:

Powered by Blogger.