Ads Top

Ini Cara Pengesahan Kematian Dilakukan Oleh Petugas Perubatan

Selama ini saya fikir hanya doktor sahaja boleh mengesahkan kematian. Selepas bertanya kepada Dr. Afiq Rahim, dia menjelaskan pihak yang boleh mengesahkan kematian seseorang ialah doktor perubatan, penolong pegawai perubatan dan polis.

Menurutnya, pengesahan kematian bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main, ia adalah serius dan banyak prosedur perlu dilakukan sebelum tiba detik lafaz waktu kematian seseorang. Ini kerana implikasi perundangan boleh berlaku sekiranya petugas kesihatan memalsukan kematian atau tersilap pengesahan.

Pemeriksaan untuk pengesahan kematian

Petugas kesihatan akan memeriksaan keadaan seseorang berdasarkan beberapa perkara ini:

1. Tiada denyut nadi langsung.
2. Tiada denyut jantung. Sebaiknya memerlukan stetoskop untuk pengesahan.
3. Tiada pergerakan dada turun naik seperti dalam keadaan bernafas.
4. Tiada bunyi pernafasan di dalam paru-paru apabila auskultasi dilakukan.
5. Anak mata (pupil) yang berwarna hitam/coklat/biru atau apa sahaja warna dalam keadaan kembang/membesar dan tidak respon kepada cahaya lampu. (Manusia yang hidup, anak mata akan respon kepada cahaya dengan mengecil serta merta).

Kesemua tanda-tanda ini diperhatikan dalam masa 5 minit. Jika tiada sebarang respon maka mangsa boleh disahkan mati.

Petugas kesihatan juga akan memeriksa keadaan di sekeliling mangsa jika perlu sekiranya wujud bahan-bahan/punca kematian mangsa. Contohnya dadah/racun/alatan tajam dan sebagainya.

Tanda-tanda lain kematian

1. Suhu badan menjadi sejuk bawah 35′ darjah Celcius
2. Tiada respon kepada kesakitan
3. Kekejangan otot/terbujur kaku/sendi menjadi keras
4. Tanda-tanda lebam di bahagian badan yang bersentuh dengan lantai (hypostasis).
5. Kornea Mata (cornea) menjadi kelabu.

Namun dalam sesetengah keadaan, mangsa boleh disalah anggap sebagai mati tetapi masih hidup sebenarnya dalam keadaan tertentu seperti:

1. Lemas
2. Pengambilan ubat atau alkohol berlebihan atau diracuni
3. Dalam keadaan gula terlalu rendah (hipogisemia) atau keadaan Koma.

Dalam keadaan seperti berikut, mangsa perlu dirawat dan dilakukan resusitasi berterusan sehinggalah selepas semua intervensi/prosedur menyelamat dilakukan tetapi masih tiada respon maka barulah kematian boleh disahkan.

Semua cara pemeriksaan di atas telah dikongsikan oleh Dr. Afiq Rahim di Facebook Page miliknya. Beliau bertegas, pengesahan kematian adalah perkara yang serius dan petugas kesihatan akan melakukan pemeriksaan menyeluruh dan sangat teliti sebelum kematian boleh disahkan.

Dr. Afiq juga menyarankan masyarakat mengetahui teknik mengesahkan kematian agar dapat mengelakkan kekeliruan dan segera menghubungi pihak yang berautoriti untuk pengesahan selanjutnya.

No comments:

Powered by Blogger.