Ads Top

‘Goals’ Bakal Mengubah Cara Anda Mengurus Aktiviti Melalui Google Calender

Sedar tak sedar, Google Calender kini sudah 10 tahun di dalam arena teknologi. Pelbagai perubahan yang berlaku di dalam jangka masa 10 tahun ini malah sebelum bermulanya era dominasi platform Android di dalam arena telefon pintar lagi.

Sempena ulangtahun Google Calendar yang ke-10 hari ini Google Calender telah melancarkan fungsi terbaru yang digelar sebagai ‘Goals’.

GCalendar_01

Secara umumnya, ‘Goals’ bakal memudahkan cara anda mengurus masa dengan menetapkan tarikh dan waktu sesuatu aktiviti yang ingin anda lakukan. Sama ada meluangkan masa untuk membaca buku,bersenam lebih kerap atau melaksanakan gol-gol anda yang lain dimana boleh menjadi suatu cabaran.

GCalendar_03

Masalah berlaku beberapa situasi yang tak dapat dielakkan bakal menganggu sesuatu gol anda serta bakal membuatkan gol anda terbantut. Google nampaknya cakna akan perkara ini dan memperkenalkan ‘Goals’ yang lebih mesra pengguna.

Contohnya jika anda ingin menetapkan untuk joging seminggu 3 kali, Google Calendar akan membantu anda mencari masa yang terluang serta membantu anda mencapai gol tersebut. Apa yang anda perlu lakukan adalah lengkapkan kekerapan dan masa yang sesuai untuk anda lakukan sesebuah aktiviti.

GCalendar_04

Anda juga boleh menangguhkan gol anda dan jadualkan aktiviti anda dengan mudah dan pantas.

Anda boleh mula tetapkan ‘goals’ di dalam telefon pintar anda dengan memuat-turun aplikasi Google Calender pada peranti Android atau iOS anda.

No comments:

Powered by Blogger.