Ads Top

Gitar Fender Tour Terakhir Kurt Cobain Dibuka Untuk Bidaan

Kurt Cobain adalah ikon terkenal bagi peminat music grunge. Apa sahaja barangan yang kepunyaan Kurt boleh dijual pada harga yang tinggi. Beberapa bulan yang lalu, cardigan hijau yang dipakai Kurt ketika persembahan Nirvana MTV Unplugged terjual pada harga USD137,500 di laman bidaan Julien’s Live! Gila.

kurt-cobain-sweater

Melihat adanya peminat lagenda grunge ini yang mampu membelanjakan wang yang banyak untuk barang milik Kurt, sebuah gitar pula muncul untuk dibida. Kali ini adalah sebuah gitar Fender Stratocaster hitam, yang digunakan oleh Kurt untuk tour U.S Nirvara yang terakhir sebelum beliau membunuh diri.

Gitar itu kini boleh dibida di laman bidaan Cooper Owen Auctions dengan harga permulaan USD85,000. Dan harga ini dijangka naik di penghujung tarikh bidaan ini nanti.

CfxHzXkWcAEkqF9.jpg-large

Menarik tentang kisah gitar ini adalah bermula dari tarik Disember 1993, Kurt ada 5 gitar Stratocaster ini yang dibekalkan oleh Fender khas untuk diguna Kurt di penghujung konsert. Sebab Kurt terkenal dengan memecahkan gitarnya tiap kali konsert dan Fender tidak mahu beliau memecahkan gitar Mustangnya yang jauh lebih mahal.

Geram sebenarnya bila melihat gitar ini kerana saya memang peminat setia Nirvana. Ini adalah salah satu memorabilia yang jarang akan muncul untuk orang awam. Jadi kalau anda nak bid gitar ini, boleh ke sini. Kalau tak mampu, kita layan video unplugged Nirvana di bawah. Semoga terhibur.

[embedded content]

No comments:

Powered by Blogger.