Ads Top

Foop: Laman Hidronik Moden Sesuai Buat Pengguna Bandar

Pernahkah anda mengimpikan sebuah laman kecil untuk anda menanam sayur-sayuran tanpa memerlukan ruang yang besar? Jika, mungkin Foop sangat sesuai dengan anda.

Dengan rekaan yang minimalis, merupakan tempat untuk anda menanam beberapa sayur-sayuran di dalam rumah anda khususnya pangsapuri atau apartmen.

scene_14.0

Apa yang membuatkan Foop lebih menarik berbanding bekas hidrofonik yang lain adalah Foop dilengkapi dengan teknologi canggih yang dipandankan bersama telefon pintar anda. Anda bakal menerima notifikasi tentang keadaan dan tempoh matang sayur-sayuran anda.

Pertama kali mengetahui tentang Foop kami agak terkejut dengan nama dan rekaan yang disediakan. Berdasarkan beberapa sumber, Foop diambil sempena gabungan dua perkataan iaitu ‘food’ dan ‘people’.

design-4.0

Foop kini dijual dengan harga $359 untuk 100 unit pertama dan dijangka akan mula dijual secara meluas pada September ini.

No comments:

Powered by Blogger.