Ads Top

Facebook Memaparkan Roadmap 10 Tahun Syarikat Mereka Secara Umum

Jika anda masih risau dengan perkongsian roadmap bisnes anda kerana risau pihak pesaing mampu membaca strategi anda, anda mungkin silap. Facebook secara umumnya mengumumkan pelan jangka panjang mereka secara umum pada majlis F8 yang baru sahaja berlangsung.

fb-roadmapTidak selalu untuk kita lihat sebuah syarikat teknologi yang semakin berkembang melancarkan roadmap mereka. Tambahan pula dengan pertambahan media sosial yang terbaru jelas menunjukkan Facebook selesa dengan persaingan.

Facebook nampaknya sangat serius dalam mengubah cara pengguna melayari aplikasi Facebook dimana dengan idea ini pengguna akan lebih mudah mengakses Facebook melalui peranti yang berbeza antara satu sama lain.

fb-products
Di dalam pelan jangka panjang tersebut Facebook menunjukkan bagaimana mereka mampu mengoptimasikan kegunaan pengguna mengikut keperluan berdasarkan beberapa aplikasi yang dimiliki seperti Instagram, Whatsapp dan Messenger.

Sama seperti Microsoft, Facebook juga akan memfokuskan kepada ‘bots’ didalam beberapa tahun akan datang. ‘Bots’ yang disebutkan sebagai Messenger Platform API berfungsi untuk memberi kelebihan buat pengguna yang membuat bisnes bagi memperkukuhkan jenama harta maya mereka.

AP_zuckerberg_sr_140430_12x5_1600Apa yang lebih menarik adalah, Mark Zuckerberg mengumumkan mereka juga akan memfokuskan kepada ‘virtual reality’ yang dipopularkan oleh Oculus. Facebook mengambarkan ‘virtual reality’ akan hadir buat pengguna dengan saiz seperti kaca mata bersaiz normal serta memaparkan media yang lebih menarik.

Selain ‘virtual reality’ Mark juga memulakan program drone airplane dimana akan diumumkan dengan lebih lanjut beberapa tahun lagi dari sekarang.

Kami berpendapat apa yang diumumkan Mark Zuckenberg semasa majlis F8 ini adalah sebahagian daripada perancangan Facebook. Kami tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaiman Facebook dapat mengubah lanskap dunia internet di dalam beberapa tahun akan datang.

Oh ya, jika anda sangkakan Facebook merupakan syarikat yang ‘cool’ dan berani untuk memaparkan roadmap mereka, kami juga tidak mahu melepaskan peluang untuk memaparkan Roadmap The Vocket.

12274625_167042073649092_7725927767987934184_n

No comments:

Powered by Blogger.