Ads Top

‘Esna Venere’ Supercar Buatan Malaysia Yang Terkubur

Satu ketika dahulu, Malaysia hampir-hampir mengeluarkan supercar pertama kita. Pada tahun 2005, satu prototype telah dikeluarkan oleh Esnasports Sdn Bhd dengan nama Esna Venere. Dengar nama dah tahu model ni pasti boleh jual. Esmail Naziadin adalah mastermind di sebalik kereta Esna Venere ini.

Esnasports merancang untuk membawa kereta ini Geneva Motor Show 2006 untuk dipertontonkan kepada umum dan ingin mengambil bahagian dalam Le Mans 24 Hours Endurance Race pada tahun berkenaaan. Kereta ini dijangka dibuat terhad kepada 150 unit sahaja dengan 20 unit sudah mula ditempah. Ianya pula dijangka dijual pada harga sekitar RM500,000 – RM800,000 seunit.

Mengikut perancangan syarikat itu, kereta ini sepatutnya dikeluarkan untuk pasaran pada tahun 2006 tetapi kereta ini tidak pernah keluar di pasaran. Ia disebabkan ketua projek kereta ini, Esmail meninggal dunia ketika kereta ini sedang disiapkan. Sejak itu, tiada siapa yang mampu menyiapkan kereta ini dan projek Esna Venere terkubur begitu sahaja.

Sayang sebab ada kemungkinan kereta ini boleh mencabar nama-nama besar dalam industri sports car yang lain seperti Porsche dan Lotus. Spesifikasi kereta ini dikhabarkan mempunyai enjin 3.0L dengan kuasa 300-350hp dan dapat mencapai kelajuan 300km/j. Badan Esna Venere akan diperbuat daripada carbon fibre, besi aloi dan aluminium supaya berat kereta ini ketika siap adalah di bawah 1,080kg.

Rekaan Esna Venere ini memang cun. Hebat apabila ada rakyat kita yang mempunyai visi seperti ini. Mungkin ada anak Malaysia yang ingin menyambung visi Esmail Naziadin ini suatu hari nanti? Harap-harap ada. Tiada gambar-gambar khas yang dapat dicari berkenaan kereta ini kecuali gambar dari laman Autoworld pada tahun 2005. Memang rare kereta ini.

1833F65291100

1833F65292610

1833F65294630

10376257_612433122226918_1549060913955014044_n

esna venere_red

No comments:

Powered by Blogger.