Ads Top

Doktor Gaji RM25,000 Tetapi Hidup Merana Akibat Hutang

Kisah seorang doktor kaya tapi miskin.

Gaji doktor ini RM25,000 sebulan. Pada jangkaan kita dia hidup sangat selesa dan bahagia.

Hakikatnya dia sangat merana kerana menanggung hutang yang banyak. Menanggung hutang adalah satu beban di dunia.

akpk02

AKPK malam tadi mendedahkan yang hutang kad kredit doktor ini RM800,000. Bayaran minima (5%) ialah RM40,000 sebulan.

Pakai semua duit gaji setiap bulan pun masih ada tertunggak RM15,000 sebulan bayaran minima kad kredit.

Jika kita berhutang RM10,000 kad kredit dan bayar hanya minima 5% setiap bulan, ambil masa 89 bulan untuk bayar habis.

Ini hutang kad kredit RM800,000! Mati hidup semula pun belum tentu habis bayar macam ni jika bayar minima setiap bulan.

Gaji besar, hutang lagi besar! Miskin dan tidak mampu.

Doktor ini mempunyai 1 rumah, 1 kondo dan 2 kereta mewah.

Nasihat AKPK: Jual rumah dan kereta settle masalah. Doktor tidak mahu jual kerana malu dan takut nanti apa kata orang. Hidup untuk puaskan mata orang lain.

Hutang kerana hidup mewah yang berlebihan.

Pada satu masa kita hanya boleh pandu 1 kereta, kenapa kena ada 2? Pada satu malam kita hanya tidur di satu rumah, kenapa ada 2 rumah? (dan tidak disewakan).

Punca hutang besar ini ialah doktor ini (juga sebahagian besar dari kita) beranggapan kerana telah belajar dengan susah payah berpuluh tahun hingga jadi doktor, maka dia boleh berbelanja apa sahaja yang dia mahu apabila bekerja.

Kawal belanja kita sebelum jadi seperti kisah ini.

Cegah adalah lebih baik dari mengubati. Tambahkan ilmu kewangan. Beli dan baca buku berkenaan pengurusan kewangan.

Amalkan perancangan kewangan. Hapuskan hutang, buat simpanan dan melabur.

Pemuda 26 Tahun Hampir Bunuh Diri Kerana Hutang Kad Kredit

Pegawai Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) maklumkan ada satu kisah yang lagi sedih dan dahsyat dari hutang kad kredit RM800,000.00.

Kes-kes yang diselesaikan oleh AKPK.

Kes-kes yang diselesaikan oleh AKPK.

Seorang pemuda usia 26 tahun bunuh diri kerana hutang kad kredit!

Tragis!

Hutang kad kreditnya hanya RM17,000.00.

Tidak sepatutnya berlaku. Dia boleh diselamatkan jika datang ke AKPK.

Tekanan hutang amat hebat. Kita akan rasa sempit hidup, tiada jalan keluar hanya kerana berhutang.

AKPK adalah sebuah agensi kerajaan yang diwujudkan untuk golongan yang berhutang.

Pejabat AKPK ada di seluruh Malaysia. Hanya Perlis dan Negeri Sembilan tiada pejabat AKPK.

Bagi warga KL boleh pergi ke Aras 8 Maju Junction untuk dapat khidmat nasihat atau ilmu kewangan dari AKPK.

Setiap pagi Sabtu diadakan kelas kewangan secara percuma. Dahlah percuma, sarapan percuma juga disediakan. Kelas dalam 4 bahasa. Melayu, English, Mandarin dan Tamil.

Jika perlukan pertolongan datanglah ke mana-mana pejabat AKPK. Maklumat akan dirahsiakan.

Sudah lebih 500,000 orang ditolong oleh AKPK dalam masa 10 tahun ini. Melalui Kaunseling Kredit atau Program Pengurusan Hutang.

Elakkan tragedi kerana hutang kad kredit.

Hubungi AKPK di hotline 1800 88 AKPK.

Share jika bermanfaat.

No comments:

Powered by Blogger.