Ads Top

Ditipu Scammer Berkali-Kali Lelaki Ini Buat Kerja Kotor Untuk Terus Hidup

Malam-malam masih di pejabat, bukan di pejabat Public Mutual.

Hanya di pejabat belakang rumah je ni.

Saya terima tetamu kawan FB tadi, sepatutnya di dalam gambar ni, di hadapan saya ialah beliau.

Penulis, Shaari Anuar, sedang menunggu 'lelaki itu'

Penulis, Shaari Anuar, sedang menunggu ‘lelaki itu’

Tapi, saya tak boleh nak publish gambar beliau, dengan kisah ini yang agak tragis.

Asalnya, pemuda ini datang dari Melaka untuk berjumpa saya bagi mendapat panduan menjadi Juruperunding Saham Amanah separuh masa.

Tapi, apabila beliau start bercerita liku-liku kehidupan beliau yang berumur 28 tahun ni, tercengang saya.

Beliau terperangkap dengan hutang gara-gara skim cepat kaya.

Satu tahap beliau macam nak bunuh diri, tak tertanggung dengan bebanan di atas jalan salah yang beliau pilih sebelumnya.

Sekarang ni, beliau dalam rawatan Hypertension, diperingkat yang agak berbahaya.

1. Kisah bermula, apabila beliau membuat pinjaman untuk menyertai skim piramid yang popular, Swisscash.

Jumlah keseluruhan yang dipinjam peringkat pertama sebanyak RM150,0000. Beliau mengaku masa tu terlalu muda dan tamak, ingin cepat kaya dan ingin cari jalan mudah.

2. Selepas beliau join, satu sen pon beliau tidak dapat pulangan, walaupun sebelum ni, kawan-kawan beliau masuk terdahulu, dapat imbuhan setiap bulan.

3. Bermulalah episod beliau terpaksa membayar hutang.

Hutang yang ditolak dalam 50% daripada gaji bulanan, katanya sambil menghulurkan slip gaji beliau kepada saya.

4. Masa tu beliau dah ada seorang anak, memang terhimpit dengan perbelanjaan bulanan, isteri beliau sendiri pun tak bekerja.

5. Dalam keadaan yang stress, beliau ditawarkan untuk menyertai skim menternak ikan, yang juga menjurus skim piramid.

Berpegang dengan prinsip untuk terus mencuba, beliau cuba buat pinjaman dengan emak ayah beliau sendiri sebanyak RM30,000. Bulan pertama dan kedua beliau dapat pulangan, bulan ke 3, penganjur dah pun hilang.

6. Bertambah lagi tekanan beliau, isteri sendiri tak sanggup dengan dugaan, berkali-kali ingin pulang ke kampung dan ingin berpisah.

Malangnya, isteri beliau sendiri tidak ada tempat hendak dituju, memandangkan beliau (isteri) anak yatim. Akhirnya isteri beliau membantu dengan bekerja di kedai makan.

7. Dan beliau merasakan cukup terbeban, duit emak ayah yang dipinjam merupakan duit hasil simpanan ibu beliau yang kerja mengambil upah membersih rumah orang, memasak dan ayah beliau sendiri bekerja sebagai buruh.

Adik beradik seramai 6 orang, dan beliau merupakan anak sulung.

8. Masa ni penyakit hypertension beliau menyerang, tapi masa tu tidaklah begitu teruk, hanya menerima rawatan di klinik.

9. Memang gaji beliau sendiri tidak cukup, terpaksa meminta duit isteri yang bekerja di kedai makan, dah menjadi perkara biasa.

Memang malu, kadang-kadang kena minta dengan emak, katanya. Berbekalkan 10 ringgit, beliau bawa untuk pergi bekerja.
Hampir setiap hari, di tempat bekerja, beliau berpuasa untuk mengelak kawan ajak makan di luar.

10. Selang setahun, beliau melihat skim emas di Facebook yang menawarkan pulangan yang lumayan.

Dan melihat pengasasnya yang berimej Islamik, pendekatan yang kononnya untuk menolong anak bangsa yang diberi nama Khazanah XXXXX, beliau cukup yakin pilihan kali ini adalah tepat.

Jangan salah faham ye, beliau bukan nak kaya lagi dah, tapi berharap untuk ingin cover balik semua hutang-hutang terdahulu.

Oleh kerana beliau ni pegawai GLC, untuk mendapat pinjaman, agak mudah.

Kali ni, beliau mencuba lagi untuk membuat pinjaman.

Akhirnya beliau berjaya buat pinjaman dengan pinjaman berlesen, macam ceti atau along?

11. Kali ke 3 nasib juga malang, skim emas ETA ni entah mana silapnya, lansung beliau tak dapat apa apa.

Akibatnya, beliau terpaksa menambah lagi membayar pinjaman setiap bulan. Dan paling dahsyat, setelah tolak pinjaman, baki gaji kali ni adalah negatif.

Interest dikenakan cukup tinggi.

Balik kerja terpaksa beliau bekerja part time di kedai makanan segera.

12. Kehidupan beliau dah tak teratur, penyakit semakin teruk, kadang-kadang berhari-hari beliau tak boleh tidur, sakit kepala yang berpanjangan, selalu malam-malam merasa sakit teramat sangat hingga kepala terpaksa direndam.

Dah berkali-kali perasaan ingin membunuh diri datang, beliau merasakan hidup beliau cukup malang.

Dan terlalu menyusahkan orang lain, dah ada anak 2, masih menumpang di rumah ibu bapa, dengan 6 adik-beradik.

Beliau merasakan juga tidak adil kepada isteri beliau sendiri, kelengkapan anak, isteri yang bekerja di kedai makan yang sediakan.

Saya meminta izin untuk share cerita beliau ini dengan harapan menjadi teladan kepada orang lain yang cukup beria untuk menyertai skim mudah yang mengarut.

Dan beliau mengaku, beliau tidak cerdik masa dulu, walaupun keputusan SPM beliau cukup bagus (siap bawa dokumen dan sijil-sijil).

Habis belajar, beliau terus bekerja untuk cuba membantu adik-adik lain, tapi akhirnya beliau terperangkap sebegini.

Dan beliau dah cukup tertekan, sampai ingin membunuh diri, dan tolong jangan kecam beliau di sini.

Komen-komen menghina saya akan BLOCK.

Jangan tambah stress kepada beliau lagi.

Ingat, semua orang ada membuat kesilapan.

Tolong share, untuk mengelak berlaku lagi kes skim cepat kaya ni.

Mula Buat Kerja ‘Kotor’

Lelaki ini menunggu kelahiran anak ketiga.

Beliau bekerja di sebuah syarikat GLC di tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Beliau adalah mangsa penipuan skim cepat kaya. Macam-macam beliau join. Daripada bisnes ikan keli, emas, teksi semua beliau dah cuba.

Malangnya semua kena tipu.

'Lelaki itu' sedang mengemas stor.

‘Lelaki itu’ sedang mengemas stor.

Weekend, dia minta saya carikan kerja. Saya tak ada apa yang nak offer. Melainkan kerja- kerja 1D, dirty.

Yang biasa dilakukan oleh warga asing.

Tapi, beliau sanggup mengambil kerja tersebut. Walaupon nampak kekok, tak biasa buat seperti membersih laman rumah dan stor (seperti dalam gambar).

Sebenarnya, beliau minta job bukan untuk nak cari wang tambahan bagi menyimpan. Tapi untuk survive.

Nak bayar harga untuk makanan, isi minyak motor dan keperluan asas.

Gaji bulanan habis digunakan untuk membayar hutang. Gaji di pejabat, sebanyak RM 3000 sebulan, setelah ditolak dengan pinjaman bank, pinjaman wang berlesen, amaun menjadi negatif.

Kalau ikutkan beliau dalam pengawasan dan rawatan doktor. Sakit kerana stress memikirkan memilih jalan yang salah. Selalu sakit kepala yang berpanjangan.

Peringatan untuk kita semua.

Tiada jalan singkat untuk mencari kekayaan, tersalah langkah, kita akan menjadi merana sepanjang hayat.

Mula Jual Dadih

Terbaru, pemuda ini mula menjual dadih.

Jual dadih.

Jual dadih.

Kita doakan agar perniagaan dadih beliau berjaya dan dapat keluar daripada kancah hutangnya yang dalam. Amin-amin.

Boleh share, untuk jadi pengajaran.

Jangan ada lagi rakan-rakan kita yang jadi mangsa.

No comments:

Powered by Blogger.