Ads Top

Disahkan Mengidap Kanser, Gadis Ini Travel Ke 7 Lokasi Keajaiban Dunia Dalam Masa 13 Hari

Jatuh daripada tangga, dilanggar kereta dan kemudiannya disahkan mengidap kanser kulit. Semuanya berlaku dalam masa 1 bulan.

2 minggu kemudian Megan Sullivan mengambil keputusan untuk travel ke 7 lokasi keajaiban dunia dalam masa 13 hari dengan 1 perspektif baru : lebih menghargai hidupnya.

Berikut kronologi kejadian yang telah menimpa dan mengubah hidup Megan.

Segalanya bermula sewaktu Megan  sedang menjalani latihan persediaan untuk mendaki the Nose route on El Capitan. Pada ketinggian 2000 kaki di Yosemite, beliau terjatuh.

Hari pertama: Chichen Itza

pesakit-kanser-1

Sejak kejadian itu Megan kerap bertanya kepada diri sendiri, apakah yang beliau mahukan dalam hidup ini? Dan apakah sebenarnya yang beliau ingin buktikan kepada diri sendiri dan juga kepada dunia?

Hari ke 2: Machu Picchu

pesakit-kanser-2

Seminggu selepas kemalangan di gunung, Megan sekali lagi ditimpa kecelakaan. Kali ini beliau dilanggar kereta sewaktu menunggang vespa.

Hari ke 4: Cristo Redentor

pesakit-kanser-3

Dan selepas itu beliau didiagnosis mengidap kanser kulit sewaktu menjalani pemeriksaan susulan akibat daripada kemalangan yang dialami.

Dalam masa 3 minggu, Megan ditimpa 3 ‘bad luck’.

Baca: Putus Tunang, Lelaki Ini Gadai Cincin Dan Bawa Diri. Apa Yang Ditemui Selepas Itu Sangat Bernilai

Hari ke 6: Colloseum

pesakit-kanser-7

Meskipun begitu, daripada tragedi yang melanda Megan menyedari ia adalah satu pengajaran yang sangat berharga buat dirinya. Ia mengajar beliau untuk membuka lembaran baru dalam hidup dan melihatnya dari perspektif yang berbeza.

Hari ke 8: Petra

pesakit-kanser-8

Selepas melalui fasa terburuk dalam hidupnya, Megan mula menyedari hidup bagaimanakah sebenarnya yang beliau inginkan.

I came to this amazing realization… that the only thing stopping me from having everything that I ever wanted in life was simple: me.

Hari ke 11: Taj Mahal

pesakit-kanser-5

Dulu Megan selalu percaya beliau tiada masa yang cukup atau duit yang banyak. Hakikatnya itu hanyalah alasan semata-mata. Apa yang beliau paling takuti sebenarnya adalah kegagalan.

Saya mesti berhenti daripada berfikir bahawa impian saya adalah sesuatu yang mustahil untuk dicapai. Sebaliknya saya harus percaya bahawa saya berhak menentukan hidup bagaimanakah yang mahu saya lalui setiap hari.

Hari ke 12: Tembok Besar China

pesakit-kanser-5b

Satu-satunya perkara yang paling Megan kesali disepanjang hidupnya adalah melepaskan peluang yang pernah datang kepada beliau. Dan pada kali ini Megan tidak akan melepaskan lagi satu-satunya peluang yang hadir: menghargai dan menikmati hidup sepenuhnya.

12 negara, 15 penerbangan, jumlah perjalanan sejauh 28,211 km, menginap di 5 hotel, 1 tripod dirampas, 7 lokasi keajaiban dunia dan 13 hari pengembaraan.

Tonton video menarik disepanjang pengembaraan Megan di bawah.

Baca lagi: Putus Cinta Bawa Aku Mendaki Annapurna Base Camp (ABC) Meski Tanpa Persediaan

No comments:

Powered by Blogger.