Ads Top

Daripada Seorang Pelarian, Remaja Ini Menjadi ‘Wonderkid’ Di Jerman

Pergolakan perang saudara ini bermula pada musim bunga awal 2011 didalam konteks protes “Arab Spring”, yang kian merebak ketika itu di serantau negara-negara Arab. Protes terhadap kerajaan Presiden Bashar al-Assad ini berlaku di seluruh negara Syria. Keadaan menjadi semakin tegang dan parah apabila pihak berkuasa membalas perbuatan protes tersebut dengan kekerasan yang membawa kepada pembunuhan besar-besaran keatas rakyatnya sendiri.

Kezaliman ini memaksa beribu-ribu kanak-kanak meninggalkan negaranya dan berhijrah ke tempat lain. Perpindahan itu turut dilalui oleh seorang kanak-kanak yang mempunyai bakat besar didalam sukan bola sepak. Beliau dijangkakan mempunyai masa depan yang cerah untuk menjadi pemain profesional bertaraf bintang sekiranya tidak berlaku kekecohan di negaranya itu.

Kini, Mohammed Jaddou telah berusia 17 tahun. Beliau boleh dianggap sebagai salah satu bakat besar yang sedang menyinar didalam bola sepak rantau Asia. Beliau adalah kapten Pasukan Kebangsaan bawah 17 Syria yang layak ke Piala Dunia Bawah 17. Namun, beliau tidak akan mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut pada tahun ini kerana kebanyakkan rakan sepasukannya menemui ajal dan hilang tanpa berita.

Mohammed yang berbakat besar telah berpindah jauh dari rumahnya di Syria dan impiannya untuk mewakili negaranya pada Piala Dunia Bawah 17 semakin pudar apabila menjadi pelarian di Jerman.

Mohammed-Jaddou-Copa90

Beliau sendiri melihat kemusnahan demi kemusnahan di depan matanya akibat daripada peperangan. Akan tetapi dengan memiliki semangat juang yang tinggi dan minat yang mendalam didalam bola sepak, beliau tetap teruskan jua latihan beliau.

“Kadang-kadang ketika kami sedang berlatih (di Syria), kami sentiasa menjadi saksi hentaman peluru berpandu ke arah bangunan-bangunan dan rumah kami, dan turut menjadi saksi pertempuran antara tentera kerajaan dan pejuang kebebasan” katanya.

Rakannya yang bernama Tarik Gharir telah terbunuh selepas perlawanan persahabatan. Di saat itulah, bapa Mo memutuskan untuk meninggalkan Syria bersama keluarganya dan mencari kehidupan yang baru dengan penghijrahan ke Eropah. Tetapi penyeludup pelarian meminta harga yang sangat tinggi sehinggakan beliau terpaksa meninggalkan ibu dan kedua-dua adiknya.

Perjalanan yang jauh dan sangat mencabar membuatkan beliau sedar bahawa perjuangan ini adalah satu titik permulaan didalam hidupnya. Sebagai pelarian di Jerman, beliau tidak mempunyai status permit pekerjaan menyebabkan beliau tidak layak untuk bermain dimana-mana kelab bundesliga walaupun sering kali dilamar oleh kelab-kelab besar di negara itu. Jika perkara ini berterusan maka harapannya untuk menjadi pemain bintang pada masa hadapan semakin suram.

Hatinya tetap utuh untuk terus memperjuangkan nasibnya sebagai pemain bola sepak profesional.

“Impian saya adalah bermain untuk Real Madrid. Saya mengimpikan untuk menjadi salah seorang pemain bolasepak terbaik di dunia. Ini bukan hanya sekadar mimpi, tetapi ia adalah aspirasi bagi saya. Ramai orang mempunyai impian tetapi mereka tidak berusaha untuk mencapai impiannya. Tetapi bagi saya, saya akan berusaha untuk membuat impian ini menjadi kenyataan,” jelas Mohammed Jaddou.

Semoga Allah permudahkan urusan Mohammed Jaddou untuk mencapai impiannya di arena bola sepak serta dapat kembali duduk bersama keluarganya di suatu tempat yang aman damai.

No comments:

Powered by Blogger.