Ads Top

Ciri & Perangai Lelaki Yang TIDAK Sesuai Dijadikan Suami



Apakah ciri-ciri lelaki yang sesuai dijadikan suami?
Mungkin ada telah menjumpai lelaki yang mempunyai banyak ciri-ciri yang anda idamkan seperti kacak dan berpelajaran tinggi, namun ada beberapa perkara atau ciri yang anda perlu juga bertimbangkan.
Setiap orang ada baik dan buruk, namun apakah keburukan pada lelaki yang harus dielakkan?
Dan jika anda seorang lelaki yang mempunyai ciri-ciri ini, bersedialah untuk mengubah tingkahlaku anda untuk menjadi suami orang jika tidak mahu dibenci atau tidak disukai keluarga mertua.
Malah yang paling penting, ia akan menjejaskan hubungan rumahtangga dalam jangkamasa panjang.
Sebenarnya ada tiga sifat besar yang harus dielakkan pada lelaki.
Kata Saidina Ali r.a, jika lelaki bersifat dengan tiga sifat ini, ia adalah tidak elok.
Manakala jika wanita yang bersifat seperti ini, ia sesuatu yang bagus.

1. Perangai Lelaki Yang Kedekut

Seorang suami tidak elok bersifat kedekut.
Ini kerana dia sebagai ketua keluarga perlu menyediakan nafkah untuk anak isteri seperti pakaian, kediaman yang selamat dan makanan yang cukup.
Dia perlu berhemah dalam berbebelanja, bukannya kedekut. Menjadi tanggungjawabnya memastikan semuanya dicukupkan.
Tentu anda sebagai wanita tidak mahu hidup dengan orang yang kedekut bukan?
Tetapi jika isteri yang bersikap kedekut, ia adalah bagus.
Menjadi tugas isteri untuk menjaga harta suaminya. Dia tidak boleh membelanjakan sesuka hati tanpa pengetahuan suami.
Bahkan, dia perlu berjimat cermat dan bijak dalam membelanjakan wang yang diberikan suami.

2. Perangai Lelaki Yang Sombong atau Bajet Bagus

Jika suami bersifat sombong dan bongkak, ia adalah sangat tidak elok.
Jika pulang ke kampung isteri, suami jenis ini tidak gemar untuk bercampur dengan ipar duai dan sanak saudara sebelah isteri.
Bahkan ada juga yang tidak mahu tidur di rumah ibu mertuanya.
Jika dia pulang ke rumah sanak saudara, pasti dia tidak digemari kerana sikapnya yang suka memperlecehkan dan merendahkan ahli keluarga yang lain.
Akhirnya hubungan menjadi tidak harmoni.
Tetapi sekiranya wanita atau isteri bersikap sombong, ia adalah bagus. Sombong yang dimaksudkan disini adalah apabila diusik mana-mana lelaki bukan mahram lain, dia tidak akan melayannya.
Dia isteri orang. Bila ada  lelaki lain mengoratnya, dia tidak akan membalas layanan tersebut.

3. Lelaki Yang Penakut

Suami jika bersifat penakut, sangatlah buruk.
Ada yang hendak pergi ke bilik air pun takut dan minta isteri menemaninya. Inilah buruknya apabila ada suami yang penakut.
Jika pergi ke tandas pun takut, bagaimana anda boleh menharapkan dia akan mempertahankan anda pada situasi yang lebih kritikal yang lain?
Tetapi jika isteri pula penakut adalah bagus.
Dia tidak berani untuk keluar rumah tanpa sebarang tujuan. Dia bimbang akan keselamatan dirinya jika pergi ke sesuatu tanpa berteman.
Ini dapat mengelak isteri daripada terdedah kepada pelbagai fitnah dan bahaya.

Penutup:
Ciri-ciri dan perangai yang disebutkan diatas ini akan membuatkan suasana rumah tangga yang dibina tidak ada mawaddah dan rahmah.
Juga mendatangkan kegusaran dan rasa tidak tenteram pada hati.
Sebenarnya banyak lagi sifat negatif pada lelaki yang perlu dijauhi, tetapi saya memandang 3 perkara atau sifat ini yang paling utama harus dielakkan.
Ingatlah sebaik sahaja selesai akad nikah, maka bermulalah tanggungjawab yang besar ke atas bahu kita.
Dahulu sebelum bernikah, duit RM1 digunakan untuk kita seorang. Sekarang RM1 perlu dikongsi berdua dengan pasangan kita.
Jika dapat anak, RM1 itu pula perlu dikongsi bertiga.
Maka inilah yang disebut sebagai bermulanya perkongsiaan hidup.
Oleh itu, jika kita seseorang lelaki itu masih mengekalkan sifat diatas, pastinya ia akan menyukarkan kita menjalani kehidupan berumahtangga.
Ini adalah sekadar 3 sikap buruk yang besar yang harus dielakkan pada lelaki.
Banyak lagi sebenarnya sikap-sikap yang perlu diperbaiki dalam diri seseorang itu, bukan sahaja untuk menjadi suami yang baik, malah juga supaya dapat menjadi mukmin yang disenangi oleh keseluruhan masyarakat.
Bolehkah anda kongsikan lagi pada ruangan komen dibawah sikap/ciri yang tidak sesuai dijadikan sebagai calon suami?

No comments:

Powered by Blogger.