Ads Top

Case iPhone Terbaru Ini Khas buat iPhonegrapher

Adakah anda salah seorang yang kerap menggunakan kamera iPhone anda? Atau adakah anda seorang yang inginkan ‘feed’ Instagram anda penuh dengan gambar yang penuh seni dan bersama filter-filter yang menarik? Jika ya, mungkin penggunaan case ini bakal memberikan pengalaman berbeza semasa menggunakan iPhone anda.

Penggunaan aksesori untuk iPhone bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama digunakan sewaktu iPhone 4 lagi. Case iPhone daripada Helium ini mengambil pendekatan yang berbeza dengan menyediakan hampir 17 aksesori di dalam satu set.

Untitled23

Case daripada Helium ini boleh dimuatkan untuk iPhone 6, 6 Plus, 6S dan 6S Plus. Dilengkapi dengan 16 mounting points, bakal membolehkan penggunaan untuk padankan bersama tripod, microphone, lens, dan beberapa aksesori lain.

17 aksesori mungkin agak terlalu banyak dan keterlaluan untuk sesebuah iPhone, tapi mungkin sedikit sebanyak bakal memberi kepuasan buat iPhonegrapher untuk mendapatkan imej yang terbaik.

Untitled12

Helium baru sahaja dilancarkan di Kickstarter kemarin dengan harga $93 untuk iPhone 6 dan 6S manakala Helium Core+ khas buat iPhone 6 Plus dan iPhone 6S Plus dilancarkan dengan harga $99. Helium menjanjikan kesemua case ini akan mula dihantar buat pengguna sekitar bulan Julai ini jika mereka mencapai target $30,000.

No comments:

Powered by Blogger.