Ads Top

‘Captain America: Civil War’ Karya Terbaik Marvel Setakat Ini

Pejam celik pejam celik, akhirnya ‘Captain America : Civil War’ sudah berada di pawagam! Peminat Marvel dari serata dunia sangat menantikan karya terbaru Marvel ini dan saya sudah menontonnya. Sebelum itu, saya ingin berterima kasih kepada Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia yang telah memberi peluang kepada saya menjadi antara yang terawal menonton filem ini. Arigato! Mereka ada lancarkan aplikasi baru untuk anda. Nak tahu aplikasi apa, boleh klik di sini.

Okay, untuk review kali ini, tidak akan ada sebarang spoiler. Cuma saya akan terangkan jalan cerita dan watak-watak yang ada dalam Civil War kali ini. Boleh dikatakan filem ini adalah The Avengers cuma ketiadaan Thor dan Hulk saja dalam filem ini. Memang star studded!

Ceritanya bermula apabila satu misi Captain Amerika di Lagos, Nigeria telah menyebabkan kematian ramai orang awam. Disebabkan tragedi ini dan tragedi peperangan Avengers sebelum ini, United Nations telah bersepakat untuk menolak The Avengers. Semuanya berhubung kait dengan filem Marvel sebelum ini yang melibatkan pertembungan The Avengers dengan Ultron, pertembungan dengan Loki dan kemusnahan ketika Captain America menumpaskan Hydra. Semua peperangan ini menyebabkan ramai orang awam terkorban.

Satu resolusi telah dibuat oleh United Nations untuk menghadkan kuasa The Avengers kerana pemimpin-pemimpin dunia berpendapat The Avengers adalah punca terjadinya segala perang sebelum ini. Resolusi itu memerlukan setiap ahli Avengers bersetuju untuk menghadkan misi mereka di seluruh dunia dan hanya boleh bertindak jika dipersetujui oleh United Nations.

Captain-America-and-Iron-Man-in-Captain-America-Civil-War

Di sinilah konflik bermula apabila Captain America tidak bersetuju dengan perjanjian itu tetapi Tony Stark aka Iron Man merasakan perjanjian itu adalah yang terbaik untuk Avengers. Perjanjian inilah yang menjadi titik permulaan perbezaan pendapat antara ahli Avengers.

Konflik ini menjadi lebih personal apabila ia melibatkan prinsip, tanggungjawab dan nilai persahabatan. Captain America ingin menyelamatkan rakan baiknya, Bucky (Winter Soldier) yang menjadi sasaran United Nations apabila beliau dijadikan kambing hitam dalam satu serangan di pejabat United Nations.

Jadi siapa yang berada di pihak Captain America dan siapa di pihak Iron Man? Untuk memudahkan anda, lihat saja pada gambar di bawah ini.

Team Captain America

Hawkeye,Falcon,Bucky Barnes (Winter Soldier),Ant-Man & Scarlet Witch
Captain-America-Civil-War-TEAMCAP-Character-Posters

Team Iron Man

War Machine, Black Widow, Black Panther, The Vision & Spider-Man
team-iron-man-00

Kesian pada Spider-Man sebab tiada gambar dalam Team Iron Man. Spider-Man sebenarnya adalah ‘senjata rahsia’ Marvel untuk filem ini. Jadi sebab itulah tiada langsung kelihatan Spider-Man dalam ruang promosi ini. Bagi saya, watak paling berkesan dalam filem ini adalah Black Panther dan Spider-Man. Memang pandai Marvel highlight mereka ini sebab tak lama lagi, akan keluar filem stand-alone untuk dua watak ini, ‘Spider-Man : Homecoming’ pada 2017 dan ‘Black Panther’ pada 2018.

Anda rasa filem Batman Vs Superman (BvS) bosan sebab jalan ceritanya yang mendatar dan action di hujung-hujung? Samalah filem Civil War ini dengan BvS. Disebabkan fasa ‘character development’ untuk setiap watak diterangkan secara detail, agak serius dan mendatar jugak Civil war ini pada permulaannya. Tetapi cerita ini mula mendapat momentum ketika team Captain dan team Iron Man bertempur. Seperti biasa unsur fun filem Marvel memeriahkan filem ini. Lagi-lagi dengan watak Ant-Man dan Spider-Man. Gila betul mereka ini.

L2GI2c8

Jadi siapakah dalang di sebalik pertempuran Iron-Man dan Captain Amerika ini? Hebat betul beliau sebab berjaya lagakan Iron-Man dan Captain Amerika hampir separuh mati. Nak tahu siapa penjahat filem ini, silalah tonton filem ini.

Tahniah sebab berjaya membaca artikel ini sehingga tamat. Bagi saya, filem ini adalah antara filem terbaik franchise Marvel buat masa ini kerana jalan ceritanya yang teratur dan perkembangan setiap watak adalah sangat baik sekali. Ada 12 superhero dalam filem Civil War ini, jadi beribu tahniah buat tuan direktor kerana berjaya membahagikan peranan kepada setiap watak dengan jayanya. Filem ini digarap dengan baik untuk menjadi jambatan kepada sekuel The Avengers yang akan datang.

Jadi anda jangan keluar panggung awal sebab ada dua scene tambahan selepas end credit. Kesian Bucky kerana tangan beliau putus dicantas Tony Stark. Alamak terkasi spoiler pulak. Tapi tak jadi masalah sebab beliau kemudiaannya disembunyikan di Wakanda, negara milik Black Panther untuk dirawat. Alamak, terkasi pulak lagi satu spoiler.

Jadi untuk filem ini, saya beri rating 9.5/10. A must watch to all superhero fans out there. Tahniah buat Marvel kerana berjaya menghasilkan filem yang sangat awesome ini.

Captain-America-Civil-War-Key-Art

No comments:

Powered by Blogger.