Ads Top

Boleh Ke Lelaki Dan Perempuan Jadi Kawan Dalam Islam? (Walaupun Bukan Bercinta)



Boleh ke lelaki dan perempuan jadi kawan?
Kalau tanya aku yang dulu aku jawab boleh. Apa salahnya?
Dalam cerita-cerita kat tv tu banyak je laki dengan pempuan kawan-kawan. Macam best je.
Yelah sebab kawan lelaki tak akan jealous bila kau dressing lagi meletops dari dia.
Kawan lelaki pandai bidang-bidang yang biasanya perempuan tak pandai. Contoh komputer, kereta.
Kawan lelaki lebih sesuai untuk korangkorang yang ganas, tak berapa nakcontrol ayu ni.
Dan untuk lelaki, kawan perempuan lebih empati, lebih prihatin.
Pantang tengok muka kau sedih sikit, dia akan tegur.
Kawan perempuan tak akan sampai hati gelakkan korang secara berjemaah bila kau jatuh tergolek depan orang ramai.
Dan kawan perempuan kau tak akan pakai baju yang sama dua hari berturut-turut hingga mengganggu deria bau kau.
Dan dulu aku pernah berangan, sweetnya jatuh cinta dengan kawan baik sendiri sambil menyanyi ‘lucky I’m in love with my best friend.’
Opss, kat mana kita tadi?

Kalau tanya aku yang sekarang aku jawab hampir mustahil..

Sebab?
Tak compatible, leceh, banyak nak kena jaga di mana hampir mustahil boleh dijaga yang mana lebih mudah kalau kata tak boleh. Titik.
Tak faham.
Ok macam ni..

Pertama, antara benda yang nak kena jaga antara lelaki dengan perempuan adalah physical contact.
Tak boleh bersentuh. Langsung.
Dan buang segala kemungkinan serta kebarangkalian  benda tu jadi.
So bila kau makan dengan kawan lelaki/perempuan, kena makan jauh-jauh sebab takut tersenggol ke apa.
Bila kau jalan dengan kawan lain jantina, kena jalan jauh-jauh takut tangan tengah sedap hayun terkena tangan dia.

Tak kan ter pun berdosa? Islam kan mudah?

Mungkin betul, tak sengaja tak dosa (aku kata mungkin sebab aku tak tahu)
Tapi macam mana pula dengan tindakan kau yang bawa kepada benda tak sengaja tu.
Contoh, kau tak minum arak tapi duduk semeja dengan orang yang minum arak.
Bila kau terminum air dia sebab ingat tu air Zappel kau, salah tak kau yang gatal juga duduk situ walau kau ada pilihan untuk tinggalkan meja tu?
Kawan-kawan bila dah sedap bercakap, mesti dengan tangan-tangan akan naik.
Atau bila bergurau, mesti ada bertepuk tampar, cubit mencubit, sekeh menyekeh.
Mampu tahan tangan tu setiap masa dan ketika daripada bersentuh dan tersentuh? Lagi kalau tak jaga jarak. Jangan sembang la.

Yang kedua, bila bercakap kau kena pastikan yang suara kau tu tak jatuh pada suara yang boleh dianggap melembutkan/melunakkan suara hingga menimbulkan keinginan tak elok dalam hati lelaki (untuk perempuan)
Hati orang, kau mampu nak tebak?
Dan bila kawan kau tengah sedih, mesti kau nak pujuk lembut-lembut kan.
Macam mana nak pastikan lembut tu tak masuk dalam perkara yang dilarang dalam surah al-ahzab ayat 32 tu?
Menurut Ustaz Zaharuddin Abdul Rahmanmessage dengan emoticon tu pun boleh masuk dalam melembutkan suara di mana smiley comel-comel boleh dianggap yang perempuan tu nak bermanja-manja.
Dan untuk lelaki, macam mana nak pastikan ayat-ayat korang tu tak memberi harapan palsu untuk perempuan-perempuan yang mendengar?

Ketiga, bab jaga pandangan.
Senang ke nak bercakap tak pandang muka atau pandang sikit-sikit je.
Kawan, mesti akan minta pandangan kawan kan. Baju aku ok? Kau rasa aku gemuk ke? Aku sado tak? Selalu pergi gym ni. Emmm.
Jadi kat mana konsep menundukkan pandangan tu?
Konsep perempuan solehah tidak memandang dan tidak dipandang lelaki? (vice versa)

Keempat, lelaki dan perempuan bukan mahram dilarang duduk berdua tanpa kehadiran orang ketiga.
So kau tak boleh naik kereta berdua-dua dengan dia, tak boleh keluar jalan-jalan berdua-dua, belajar berdua-dua dekat kantin dan sila senaraikan sendiri.
Pasal orang ketiga ni ada khilaf.
Ada yang kata duduk berdua-duaan di tengah-tengah orang ramai tu takpesebab tak kira berdua-duaan.
Ada kata tak boleh.
Aku pernah dengar Ustaz Zaharuddin cakap, syarat orang ketiga tu adalah orang yang boleh mencegah kemungkaran.
So pada pandangan aku (cuma pandangan, jangan jadikan fatwa) kalau bercakap dengan lelaki/perempuan dalam tempat yang dikelilingi ustaz-ustaz, imam-imam serta tok bilal di mana kau tahu kalau kau bercakap lebih-lebih dengan gaya gedik/bajet macho, kau akan menerima jelingan maut dan silap-silap ditegur tang tang tu juga yang mana boleh menjatuhkan gengsi kau, soitu boleh.
Sebab orang sekeliling tu adalah orang ketiga yang boleh mencegah kemungkaran.
Tapi kalau kau keluar bertiga pun, tapi orang ketiga tu asyik peganghandphone di mana kalau korang berpegangan tangan pun dia akan buat macam tak nampak jeso dia tak dikira orang ketiga yang membolehkan lelaki dan perempuan duduk bersama.
Sama juga kalau kau bawa adik kau yang umur 4 tahun yang tak faham pun batasan lelaki perempuan. Clear?

Perkara kelima yang perlu dijaga adalah sama ada hubungan kau dengan kawan kau yang berlainan jantina tu boleh menimbulkan fitnah atau tak.
Contoh, kalau kau lima orang kawan perempuan dengan lima orang kawan lelaki masuk dalam satu rumah, tutup semua tingkap, semua pintu.
Memang tak berdua-duaan pun, tapi benda tu boleh jadi menimbulkan syak wasangka pada orang yang melihat, so tetap tak boleh (bukan fatwa)
Pernah dengar bagaimana Nabi Muhammad s.a.w cepat-cepat bagitahu pada dua orang lelaki yang nampak baginda berdua dengan isteri dia Safiyah, takut lelaki tu ingat Nabi dengan perempuan lain.
Lelaki tu kata, tentulah Rasullah. Nabi kott...
Tapi Nabi balas syaitan tu berjalan dalam salur darah anak adam, takut lelaki tu salah sangka.
Macam tu sekali Nabi jaga agar orang tak berprasangka padahal baginda nabi, orang nak sangka apa pun.
Macam mana pula dengan kita?
So kalau kau berkawan rapat dengan lelaki/ perempuan dan orang anggap korang coupleso yang faham tentang couple tu tentu tahu yang itu dah termasuk dalam fitnah yang memang patut dielakkan.
Ni belum masuk lagi bab tiba-tiba salah seorang terfeeling kat kawan dia.
Sadisnya bila kawan dia tak rasa apa yang dia rasa.
Atau lepas kahwin pasangan kau cemburu pula pada kawan lain jantina kau tu.
Adoi…malas la nak cerita bab ni.

Tapi jangan bimbang..

Semua masalah ni akan selesai kalau kawan kita tu sama jantina.
Boleh duduk dekat-dekat, boleh peluk, pegang tangan, tengok muka dia puas-puas.
Bukan setakat boleh naik kereta berdua-duaan, tidur sebilik sekatil pun boleh ( tulisan ni untuk mereka yang ‘tak bengkok’ sahaja).
Bila dia sedih, kau boleh pujuk dia tanpa risau suara atau ayat kau tu boleh bawa maksud lain.
Boleh keluar berdua tanpa ada khilaf.
Boleh ber message bercakap dengan dia tanpa risau tentang zina hati. Pasangan korang pun tentu tak jealous.
Dan untuk lelaki, kau boleh kentut kuat-kuat lepas tu buat macam tak ada apa-apa depan kawan lelaki kau. Dengan perempuan…tak dapat der..hihi

Tapi kalau nak juga lelaki dan perempuan jadi kawan ni, boleh..

Kawan la dengan ayah/mak kita, abang/akak kita, adik kita, bapak/mak saudara kita, atuk kita dan..
…pasangan kita yang halal.
Senang kan? (senyum)
Habis kalau kerja sama-sama, belajar sama-sama, berpersatuan segala bagai tu macam mana?
Bagi aku tu kenalan, bukan kawan.
Kau kenal dia, berhubung dengan dia untuk memudahkan tugas kau, tahu sikit-sikit pasal dia, minta tolong bila perlu. Betul-betul perlu. Cukup setakat tu.
Tak perlu kau nak tahu dia suka warna apa, apa dia buat malam tadi, bergelak tawa, bergurau senda apatah lagi sampai nak keluar berdua-dua atas nama kawan.
No no no no (gerak-gerak jari)

Macam mana pula kawan dalam facebook?

Bagi aku dan diulangi ini hanya pandangan aku di mana pandangan ini valid untuk masa ni sahaja.
Boleh jadi di masa akan datang bila aku jumpa pendapat dari ustaz lain, aku akan ubah pandangan pula. Kalau mampu jaga lima benda kat atas tu, apa salahnya.
Tak bersentuhan, tak dengar suara (kat fb memang tak) jaga pandangan (jangan upload gambar dengan aksi manja menggoda apatah lagi yang tak menutup aurat) jangan guna emoticon gambar love kiss kiss tu, jangan berdua (private message) dan elakkan apa-apa yang boleh timbulkan fitnah termasuk fitnah dalam hati tu.
Tapi kalau la antara friend list ko tu adalah ex kau dulu, walaupun dia takupload gambar bukan-bukan, korang tak ber private message bagai..
…tapi kehadiran dia dalam friend list ko dah menimbulkan fitnah dalam rumah tangga kau, bagi aku tetap tak boleh.

Susahnya Islam ni =.=’ (tarik muncung)

Tak sayang. Islam adalah agama yang sangat lengkap, menyeluruh, halus.
Agama yang menjaga keharmonian antara sesama manusia.
Yang menjaga sekecil-kecil perkara hatta nak masuk keluar toilet dengan kaki mana pun, apatah lagi hubungan antara lelaki dan perempuan.
Belajar bawa kereta pun ada jarak selamat (3 second rule) untuk elak kereta belakang tercium bumper kereta depan.
Tapi ramai orang lepas habis belajar, dapat lesen, terus lupa rule ni. Maintailgate sesaja.
Tu yang banyak jadi accident.
Faham kan? (angkat kening dua kali)

Penutup: Semuanya telah jelas tanpa terselindung

Yang halal itu jelas, yang haram itu jelas.
Antara keduanya ada perkara yang syubhat (samar-samar).
Siapa yang menjauhkan diri daripada perkara syubhat, dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya.
So tepuk dada tanya iman. Boleh ke lelaki dan perempuan jadi kawan?


Rujukan
  1. “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat berarti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan hewan gembalaannya di sekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang  Dia haramkan. Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa dia adalah hati“. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
  2. “Untuk seseorang lelaki di antara kamu ditusuk kepalanya dengan jarum besi adalah lebih baik baginya daripada ia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.” [dihukumkan Sahih oleh al-Haitsamiy, al-Mundziri dan lainnya].
  3. Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), (dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;…) Al-Quran; Surah an-Nuur: 24: 31
  4. “Wahai Ali, jangan anda susuli pandangan demi pandangan (melihat wanita), yang pertama itu sahaja (pandangan tiba-tiba terlihat, yang halal) bagi mu dan tidak (halal) bagi mu yang selepas itu” HR al-Hakim, Ahmad Abu Dawud dan lainnya, dihukumkan Sahih oleh al-Hakim dan disetujui adz-Dzahabi dan lainnya. Sila lihat “Sahih al-Jami‘ as-Saghier”: no: 7953 (Hasan).
  5. Shafiyyah binti Huyay [isteri Rasulullah] bekata : “Ketika Rasulullah  sedang  beri’tikaf  di  masjid,  saya  mendatanginya  di suatu malam dan bercerita. Kemudian saya pulang dihantar beliau. Ada  dua  orang  anshor  berjalan  dan  ketika  keduanya  melihat Rasulullah  mereka  mempercepat  jalannya,  Rasululah  berkata: “Pelan-pelanlah.  Dia  itu  Safiyah  binti  Huyay”.  Mereka  berkata: Maha suci Allah , Rasulullah!” Rasulullah bersabda . “Sesungguhnya syaitan  berjalan  di  tubuh  anak  adam  pada  peredaran  darah,  aku khawatir setan itu melontarkan kejahatan di hati kamu berdua, sehingga timbul prasangka yang buruk.”(Bukhori 4:240, Muslim 2174-2175)
  6. Saidatina Aisyah RA pernah berpesan, sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang.
  7. Maksud dari sabda Nabi s.a.w. : “Tidak boleh seseorang wanita itu bermusafir melainkan ia ditemani oleh mahramnya, dan tidak boleh seseorang lelaki berdua-duaan bersama perempuan kecuali perempuan tadi ditemani oleh mahramnya.”
  8. “Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan wanita, sesungguhnya yang ketiga di antara mereka berdua adalah syaitan” (riwayat Imam Ahmad).
  9. “Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu melunakkan suara dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik.” (al-Ahzab: 32)
  10. Hukum Chat Siber Laki Wanita & Syaratnya – Dr Zaharuddin

Disclaimer

Rujukan tu aku tak salin dari kitab hadis bagai. Of course aku Googlecut and paste saja.
Kesemuanya adalah hadis dan ayat al-quran yang kita dah biasa dengar dan baca. Jadi aku beranggapan ia adalah rujukan yang validKalau ada yang salah minta dibetulkan.
Walaupun tulisan di atas menggunakan perkataan kau dan korang, tapi yang aku maksudkan tu bukan korang yang membaca, tapi diri aku sendiri.
Peringatan tu yang paling berguna adalah untuk diri sendiri sebelum untuk orang lain.
Anggaplah ‘aku’ dalam tulisan di atas adalah fitrah aku yang suci, murni dan bersih yang pernah suatu dulu ketika di alam roh bersaksi, bala syahidna (benar, engkau Tuhan kami, kami menjadi saksi) sementara ‘kau’ dalam tulisan di atas adalah aku yang dah dicampak di dunia ni, yang selalu lupa janji yang pernah aku lafazkan dulu dek kerana pesona gilang gemilang cahaya dunia yang memancar-mancar ni.
Tulisan ni pengingat untuk aku di kala lupa.
Sekali lagi diingatkan, tulisan di atas hanya pendapat aku semata-mata berdasarkan rujukan dan kuliah yang pernah aku dengar.
Bukan hukum atau fatwa.
Jadi terpulang pada orang yang membaca sama ada nak setuju atau tak.
Tepuk dada tanya iman.
Artikel ini adalah perkongsian daripada Zee Mikhail
Anda mungkin mempunyai ramai kawan yang berlainan jantina dan mungkin juga setuju atau tidak bersetuju dengan artikel ini. Kongsikan pandangan anda pada ruangan komen dibawah.

No comments:

Powered by Blogger.